Search This Blog

Monday, December 28, 2009

Bab 3 : ORGANISASI BUKAN BERMOTIFKAN UNTUNG DAN ORGANISASI BUKAN KERAJAAN

BAB 3 : ORGANISASI BUKAN BERMOTIFKAN UNTUNG DAN ORGANISASI BUKAN KERAJAAN.

1.0 Definisi
Organisasi bukan bermotifkan untung ialah organisasi yang ditubuhkan selain organisasi perniagaan. Merangkumi persatuan, kelab dan pertubuhan.

Tujuan utama ialah menjaga kebajikan ahli.

2.0 Prinsip-Prinsip Organisasi Bukan Bermotifkan Untung.
1. Keanggotaan secara suka rela
- tiada sebarang sekatan dan paksaan.
- tidak boleh menghalang mana-mana ahli untuk berhenti.

2. Pengurusan secara demokrasi
- bebas mamilih dan memberi pandapat.
- setiap ahli mempunyai satu undi sahaja.

3. Faedah bersama.
- menjalan kegiatan berdasarkan prinsip faedah bersama.

4. Faedah kebajikan dan keahlian.
- mempunyai hak bersuara melalui pertubuhan.

2.3 Jenis-Jenis Dan Aktiviti Organisasi Bukan Bermotifkan Untung.
1. Organisasi belia.
2. Organisasi kebajikan.
3. Organisasi pendidikan.
4. Organisasi kebudayaan.
5. Organisasi kesukanan.
6. Organisasi pekerjaan.
7. Organisasi social dan rekreasi.
8. Organisasi keagamaan.
9. Organasasi wanita.

2.4 Penubuhan Organisasi Bukan Bermotifkan Untung.

1. Pendaftaran
- dibuat di pejabat pendaftaran.
- ditandatangani oleh 2 org ahli yang memegang jawatan penting dlm organisasi
- dokumen pendaftaran ialah borang pemohon, senarai ahli jawatan kuasa,penaja,salinan undang-undang kecil dan rekod minit mesyuarat penubuhan.

2. Mesyuarat Penubuhan
1. Dihadiri tidak kurang 7 org ahli organisasi.
2 .Ahli-ahli mesti terdiri drpd individu yg berminat dlm sesuatu bidang berkaitan.
3. Menetapkan mengenai tujuan penubuhan, nama dan alamat organisasi yg ingin didaftarkan.
4. Ahli jawatan kuasa kerja akn di lantik utk
- menguruskan pendaftaran
- menyedia serta meluluskan undang-undang kecil yg ingin didaftarkan.



3. Kelulusan.
1. Tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti sehingga pemohon berdaftar diluluskan.
2. Pendaftar petubuhan akn mengeluarkan sijil perakuan sebagai bukti pengesahan penubuhan organisasi tersebut.

2.5 Organisasi bermotif untung Vs organisasi bukan bermotif untung

Ciri Organisasi Bermotifkan Untung Organisasi Bukan Bermotifkan Untung
1. Kawalan Ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Perniagaan berkaitan.

Dasar pengurusan ditentukan olh lembaga pengarah yg di pilih semasa mesyuarat agong tahunan dan jumlah undi bergantung pd jumlah unit saham yg di miliki. Ditubuhkan di bwh Akta Pertubuhan 1966.

Pucuk pimpinan di pilih olh ahli-ahli yang mempuyai hak mengundi yang sama.
2. Pengurusan Kewangan Sumber kewangan diperoleh drpd keuntungan perniagaan,penerbitan ekuiti dan pinjaman.Penyata kewangan yg penting ialah penyata pendapatan,penyata aliran dana dan kunci kira-kira. Sumber kewangan di peroleh drpd kutipan yuran keahlian,derma dan hadiah yg disumbangkan olh pihak tertentu. Perbelanjaan dilibatkan bg memastikan aktiviti-aktiviti organisasi berjalan dgn licin.Penyata kewangan yg penting ialah penyata penerimaan dan pembayaran tunai.
3. Pengurusan pemasaran aktiviti utama memperkenal dan mengagihkan keluaran kpd pengguna sasaran bg memenuhi kepuasan pengguna. Bertumpu pd aktiviti utk meningkatkan bilangan dan mencari penaja yg mampu memberi sumbangan kewangan kpd organisasi.

Bab 3 : Koperasi

KOPERASI

A. Definisi

- Badan atau pertubuhan yang dibentuk bersama oleh sekumpulan inidividu
- Untuk mengalakkan kepentingan sosial dan ekonomi ahli-ahlinya mengikut prinsip-prinsip kerjasama
- Perlu didaftarkan dengan Ketua Pendaftar Koperasi di Jabatan Pembangunan Koperasi

B. Peranan

- Untuk memajukan kepentingan ekonomi ahli-ahlinya
- Faedah yang dinikmati secara tidak langsung akan dapat memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup ahli-ahli kerana perkhidmatan atau barangan yang diperoleh melalui koperasi adalah berkualiti dan pada harga yang berpatutan
- Menggalakkan kerjasama dikalangan ahli-ahlinya
- Sebagai agen perpaduan dalam masyarakat dan antara ahli apabila dapat menjalinkan hubungan yang lebih akrab dan bertoleransi
- Koperasi bertujuan untuk mewujudkan keadilan sosial dan ekonomi dengan penghapusan eksploitasi dan penindasan terhadap anggota masyarakat yang lemah. Oleh itu,gabungan ahli-ahli masyarakat akan menjadikan mereka satu kumpulan yang kuat dan mempunyai suara yang diiktiraf
- Koperasi juga membantu usaha kerajaan dalam pembangunan negara.Taraf kehidupan masyarakat akan baik dan peningkatan dalam kualiti hidup mereka dengan sendirinya akan mempercepatkan pembangunan negara

C. Prinsip-prinsip Koperasi

1. Keanggotaan secara terbuka dan sukarela

- Keahlian hendaklah secara sukarela dan terbuka tanpa sebarang sekatan atau diskriminasi dari segi sosial,politik atau agama

2. Pengurusan secara demokrasi

- Koperasi ialah pertubuhan yang bersifat demokrasi.Hal-ehwal sesebuah koperasi hendaklah ditadbirkan oleh mereka yang dipilih atau dilantik dengan cara yang dipersetujui oleh ahli-ahli koperasi berkenaan.
- Bagi koperasi asas,ahli-ahli mempunyai hak mengundi yang sama (iaitu satu undi bagi setiap orang ahli) dan mereka turut serta membuat keputusan-keputusan yang berkaitan dengan koperasi mereka.
- Bagi koperasi atasan dan menengah,pentadbirannya hendaklah dijalankan berasaskan demokrasi dalam bentuk yang bersesuaian.

3. Faedah atau pulangan atas modal yang terhad

- Modal saham yang disumbangkan oleh ahli hendaklah menerima satu kadar faedah atau pulangan yang terhad,jika ada.
- Sebagai contoh di Malaysia,tanpa kebenaran Ketua Pendaftar Koperasi,faedah atau dividen tidak melebihi 10% (6% bagi koperasi kredit dan bank) boleh diberi.Ini untuk mengelakkan individu menggunakan koperasi sebagai tempat untuk mencari keuntungan pelaburan.
- Keutamaan koperasi adalah untuk memberi perkhidmatan kepada ahli dan bukan keuntungan semata-mata.

4. Pembahagian lebihan yang saksama

- Segala keuntungan yang diperolehi hasil daripada aktiviti-aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh sesebuah koperasi adalah kepunyaan ahli-ahli koperasi itu dan seharusnya dibahagikan dengan adil tanpa mana-mana ahli mandapat laba yang melampau berbanding ahli-ahli yang lain.

5. Galakan kepada Pendidikan koperasi

- Koperasi perlu membuat peruntukan untuk pendidikan untuk meningkatkan kesedaran ahli-ahlinya,kakitangan dan masyarakat umum mengenai prinsip-prinsip dan teknik-teknik koperasi,baik dari segi ekonomi mahupun demokrassi.
- Selain meningkatkan kemahiran diri sendiri,pendidikan memainkan peranan yang lebih berkesan kepada ahli biasa ataupun ahli lembaga koperasi.

6. Kerjasama aktif sesama koperasi yang berdaftar

- Semua pertubuhan koperasi sepatutnya bekerjasama dengan lebih aktif lagi dalam semua cara yang praktik dengan koperasi-koperasi lain di peringkat tempatan,kebangsaan dan antarabangsa.
- Dapat memperluas dam memperkukuhkan semangat saling membantu dan seterusnya kerjasama ini akan mempunyai kesan positif terhadap sistem ekonomi secara keseluruhan.



D. Bentuk Pertubuhan Koperasi


KOPERASI KEANGGOTAAN MATLAMAT KEAHLIAN
Koperasi Asas -Individu atau
perseorangan -Meningkatkan
kepentingan ekonomi ahli-ahlinya mengikut prinsip koperasi -minimum 100
orang
Koperasi Menengah -Ahli-ahli koperasi -Memudahkan operasi koperasi- koperasi yang menjadi ahli -Minimum, 2 koperasi asas
Koperasi Atasan atau Induk -Koperasi menengah shja atau koperasi menengah dan koperasi asas -Contoh, Angkatan Koperasi Kebangsaan -Sekurang-kurangnya 2 koperasi menengah


E. Jenis dan Aktiviti Koperasi


JENIS AKTIVITI UTAMA CONTOH
Koperasi Kredit dan Bank Menyediakan kemudahan kredit, penerimaan deposit dan perkhidmatan perbankan lain dengan kadar yang lebih baik kepada ahli berbanding bukan ahli Bank Kerjasama Rakyat Malaysia

Koperasi Pengguna Membekalkan barangan dan perkhidmatan yang bermutu melalui kedai-kedai runcit,pasar mini,pasar raya,stesen minyak, kedai alat elektrik dan pelbagai kedai lain Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Bhd.,
Koperasi Pegawai- pegawai Melayu Malaysia
(MOCCIS)
Koperasi Perumahan Memajukan projek perumahan bagi memenuhi permintaan ahli-ahli untuk mendapatkan rumah sendiri yang selesa dengan harga berpatutan.Kebanyakkan projek- projek ini tertumpu kepada rumah- rumah kos rendah dan sederhana Koperasi Perumahan Guru- guru Melayu Perlis, Koperasi Perumahan Melayu Kinta Bhd.

Koperasi Industri Kampung Mempergiat dan memusatkan usaha-usaha kraf tangan dan industri kampung yang mempergunakan tanah liat,buluh,rotan,mengkuang dan sebagainya untuk menambahkan pendapatan ahli-ahlinya Koperasi Industri Kampung Morak Bhd.,Tumpat, Kelantan
Koperasi Pembangunan Tanah Membangunkan tanah-tanah yang luas dengan projek pertanian dan mengusahakan penanaman untuk jualan bagi tanaman-tanaman utama seperti getah,koko dan kelapa sawit Koperasi Pekebun Kecil Daerah Padang Terap, Kuala Nerang,Kedah. Koperasi Permodalan Felda Bhd.
Koperasi Insurans Menjalankan kegiatan insurans kepada ahli-ahlinya.Pada masa ini, Malaysian Co-operative Insurans Society (MCIS) adalah satu-satunya koperasi berdaftar dalam sektor insurans Koperasi Insurans Malaysia Bhd.(MCIS), Petaling Jaya, Selangor
Koperasi Kenderaan Pengangkutan Menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada anggota-anggotanya.Kebanyakan daripada mereka adalah dirancangan pembangunan tanah seperti FELDA,RISDA dan FELCRA yang menjalankan aktiviti seperti mengangkut hasil-hasil pertanian ke kilang-kilang pemprosesan. Selain itu,ada juga yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas dan teksi,serta pengangkutan komersial Koperasi Pengangkutan Kedah Utara,Alor Setar, Kedah

F. Pengagihan Untung Bersih dan Sahan Bonus

1. Mengikut Akta Koperasi 1948,sebanyak 25% daripada keuntungan hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpula Rizab Wang Berkanun,Akaun Amanah Kumpulan Wang Pelajaran dan ANGKASA.75% yang tinggal adalah untuk kegunaan lain sebagaiman yang diperuntukkan dalam akta.Ini termasuk pembayaran dividen untuk ahli.
2. Pembayaran dividen ini mestilah tidak melebihi 10% atas saham kecuali bagi koperasi kredit dan bank yang mempunyai had maksimum 6%.Sekiranya mana-mana koperasi yang hendak mengeluarkan dividen melebihi had yang telah ditetapkan,kebenaran daripada Ketua Pendaftar Koperasi perlu diperolehi.
3. Saham bonus boleh dikeluarkan kepada ahli-ahlinya dengan syarat ianya adalah daripada keuntungan penjualan tanah atau bangunan,atau penilaian semula tanah atau bangunan yang dimiliki.Sekiranya terbitan saham bonus tersebut adalah hasil penilaian semula aset tetap,persetujuan daripada Ketua Pendaftar Koperasi adalah diperlukan bagi tujuan penilaian semula.


G. Penubuhan dan Pendaftar Koperasi

1. Sekumpulan individu yang berminat menubuhkan koperasi perlu membuat permohonan kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) melalui pejabat JPK wilayah atau daerah.
2. Setelah mendapatkan kelulusan daripada JPK,sebuah Jawatankuasa Penaja terdiri daripada sekurang-kurangnya 10 orang dibentuk untuk melaksanakan tugas-tugas awalan seperti berikut:

(a) Menentukan jenis koperasi yang hendak ditubuhkan
(b) Menyediakan aturan-aturan kegiatan utama dan kegiatan-kegiatan lain yang termasuk dalam objektif penubuhan koperasi berkenaan.
(c) Menggubal undang-undang kecil dengan berpandukan undang-undang kecil seragam yang disediakan oleh JPK
(d) Mendaftarkan bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan butiran peribadi ahli.Jawatankuasa Penaja ini perlu memastikan terdapat tidak kurang daripada 100 orang yang berdaftar sebelum mesyuarat agung permulaan boleh diadakan.

3. Mesyuarat agung penubuhan diadakan bagi mendapatkan ketetapan dari bakal ahli untuk menubuhkan koperasi serta menerima undang-undang kecil dan memilih anggota Lembaga Koperasi.Biasanya,seorang pegawai dari JPK akan hadir untuk memberi penerangan mengenai hak dan tanggungjawab ahli serta aktiviti koperasi secara am.
4. Dokumen pendaftaran diserahkan kepada Ketua Pendaftar tidak lewat daripada tujuh hari selepas mesyuarat agung permulaan diadakan.Antara dokumen yang perlu disediakan termasuk perkara berikut::

(a) Borang permohonan pendaftaran yang telah ditandatangani oleh sepuluh orang ahli Jawatankuasa Penaja.
(b) Tiga naskhah undang-undang kecil koperasi yang memohon pendaftaran.
(c) Minit mesyuarat agung permulaan yang ditandatangani sekurang-kurangnya lima puluh orang yang hadir.

5. Setelah koperasi didaftarkan,satu sijil perakuan akan dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar sebagai pengiktirafan dan bukti yang sah mengenai pendaftarannya.Ini bererti koperasi tersebut telah menjadi sebuah entiti yang mempunyai hak-hak dan liabilitinya yang tersendiri.



H. Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK)

1. JPK adalah sebuah jabatan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1922 bagi memajukan gerakan koperasi adalah seperti berikut:

(a) Mendaftar dan membatalkan pendaftaran koperasi-koperasi dan memastikan bahawa koperasi-koperasi berfungsi mengikut peruntukan-peruntukan Akta Koperasi 1948 pindaan 1995.
(b) Mewujudkan persekitaran yang sihat untuk pembangunan koperasi dengan memberi bantuan seperti subsidi,geran pembangunan dan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah selain khidmat nasihat dan perundingan.
(c) Membantu koperasi meningkatkan kecekapan melalui latihan dan pendidikan kepada anggota lembaga,anggota biasa dan orang awam dengan menganjurkan kursus,bengkel dan seminar,serta edaran bahan penerbitan seperti buku panduan,majalah dan risalah
(d) Bekerjasama dengan jabatan / agensi kerajaan lain serta badan-badan koperasi seperti Maktab Kerjasama,ANGKASA dan sebagainya dalam membangun,membimbing,mendidik dan melatih mereka yang terlibat dengan gerakan koperasi
(e) Menasihati Menteri tentang apa-apa perkara yang berhubung dengan koperasi


I. Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)

1. MKM adalah sebuah institusi pengajian dalam bidang koperasi yang telah ditubuhkan pada 1956.Kini,MKM telah diperbadankan sebagai sebuah badan yang diletakkan di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.Antara peranan MKM dalam pembangunan koperasi adalah seperti berikut:

(a) Mengadakan kursus dalam pengajian koperasi dan memberi diploma bagi kursus-kursus yang sesuai kepada koperasi-koperasi di negara ini dan juga dirantau Asia Pasifik.Ahli-ahli koperasi yang mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan oleh MKM akan dapat menggunakan pengetahuan yang diperolehi bagi meningkatkan prestasi sesebuah koperasi
(b) Menyebarkan maklumat mengenai koperasi atau perkara yang berhubung dengannya malalui bahan-bahan bercetak seperti buku,majalah dan risalah
(c) Menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat nasihat kepada koperasi


J. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA)

1. ANGKASA ialah koperasi peringkat tinggi atau koperasi induk yang membuka keahliannya kepada koperasi-koperasi sahaja.Antara peranan ANGKASA dalam pembangunan koperasi adalah seperti berikut:

(a) Menerapkan budaya koperasi ke dalam kehidupan masyarakat melalui pendidikan dan publisiti.ANGKASA menerbitkan laporan-laporan dan berita-berita semasa berkaitan pergerakan koperasi di Malaysia.
(b) Membantu koperasi meningkatkan kecekapan pengurusan melalui peranannya sebagai sumber rujukan.Apabila terdapat masalah berkaitan perjalanan koperasi,ANGKASA menjadi tempat rujukan untuk koperasi mendapatkan pandangan,tunjuk ajar,garis panduan dan sebagainya.
(c) Menggalakkan pembangunan koperasi dengan menjadi organisasi induk yang menyatupadukan tenaga serta meningkatkan kerjasama sesama ahli koperasi.ANGKASA merupakan pusat hubungan diantara satu koperasi dengan koperasi lain.
(d) Bekerjasama dengan kerajaan untuk mencapai pembangunan ekonomi negara dan penstrukturan semula masyarakat.Selain itu,ANGKASA juga mewakili pergerakan koperasi diperingkat kebangsaan dan antarabangsa dalam perkara yang berkaitan dengan pergerakan koperasi.
(e) Memainkan peranan yang aktif dimana sesuai,dalam pergerakan negara dalam bidang perindustrian dan perdagangan,bekerjasama dengan pihak swasta dengan cara yang memanfaatkan kedua-dua pihak tanpa mengorbankan identiti dan prinsip-prinsip koperasi.

K. Perbandingan Koperasi dengan Organisasi Bermotifkan Untung

Pergerakan Koperasi dan Organisasi Bermotifkan Untung

KOPERASI ORGANISASI BERMOTIFKAN UNTUNG
Kawalan Undang-undang Akta Koperasi 1948 menggariskan perjalanan koperasi dengan Ketua Pendaftar Koperasi memastikan peraturan dipatuhi. Akta Syarikat 1965 merupakan akta utama sebagai panduan dalam menjalankan perniagaan. Banyak akta lain yang berkaitan juga mempengaruhi pengurusan perniagaan tersebut. Bagaimanapun,Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak mempunyai kawalan secara langsung ke atas perjalanan organisasi ini.
Kawalan Pengurusan Lembaga Pengarah Koperasi ditentukan berdasarkan kepada pemilihan hati yang mempunyai satu undi seorang tanpa mengambil kira jumlah saham yang dimiliki. Pengurusan sebuah syarikat ditentukan oleh Lembaga Pengarah Syarikat yang dipilih berdasarkan undi dalam mesyuarat agung.Bagaimanapun, pemilihan adalah berdasarkan undi yang mana hak mengundi bergantung kepada bilangan saham yang dimiliki.
Pengurusan Pengurusan kewangan koperasi digariskan mengikut akta dan dikuatkuasakan oleh Ketua Pendaftar Koperasi. Pengurusan kewangan organisasi bermotifkan keuntungan mempunyai kebebasan bagaimana wang perlu dibelanjakan dan bagaimana sumber diperolehi.
Modal Saham Tiada had dalam modal saham dan boleh ditambah dari semasa ke semasa. Had modal dibenarkan telah ditetapkan ketika pendaftaran. Sekiranya had tersebut telah dicapai,tiada saham baru yang boleh diterbitkan.
Pembayaran Dividen Tidak lebih 6% bagi koperasi kredit dan 10% bagi koperasi lain,kecuali mendapatkan kebenaran daripada Ketua Pendaftar Koperasi. Tiada had dan bergantung kepada prestasi syarikat.Bagaimanapun, Lembaga Pengarah akan memutuskan sama ada dividen boleh dikeluarkan atau tidak.
Pengurusan Pemasaran Lebih tertumpu kepada pemasaran keahlian koperasi berkenaan. Lebih tertumpu kepada barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.


Kawalan Undang-undang
1. Bagi mengawal perjalanan koperasi,Akta Koperasi telah menggariskan segala peraturan yang berkaitan dengan koperasi. Ketua Pendaftar Koperasi adalah bertanggungjawab untuk mengawal dan memastikan penguatkuasaan undang-undang tersebut.

2. Bagi organisasi bermotifkan untung,akta utama yang berkaitan adalah Akta Syarikat 1965 manakala Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pula mengawasi perjalanan syarikat supaya peruntukan dalam akta dipatuhi.

Kawalan Pengurusan
1. Hak mengundi bagi ahli koperasi satu undi setiap ahli tanpa mengambil kira bilangan unit saham.Berbeza dengan syarikat,jumlah pemilikan saham menentukan kawalan atau penguasaan ke atas pengurusan.

2. Ini tidak berlaku bagi koperasi yang berprinsipkan 1 undi bagi setiap ahli.Walaupun seseorang ahli itu mempunyai lebih dari satu saham,beliau memiliki satu hak mengundi sahaja.

Pengurusan Kewangan
1. Pengurusan kewangan bagi koperasi adalah lebih terbatas berbanding syarikat perniagaan.Penggunaan wang dalam mana-mana pelaburan perlu mengikut garisan panduan yang disediakan dalam Akta Koperasi.Ketua Pendaftar Koperasi mempunyai pengaruh dalam menentukan jenis pelaburan yang boleh diceburi oleh koperasi.
2. Ini berbeza dengan syarikat di mana penggunaan dana lebih banyak ditentukan oleh lembaga pengarah dab tidak tertakluk kepada kelulusan SSM.





Modal Saham

1. Bagi sebuah organisasi bermotif untung misalnya sebuah syarikat berhad,modal dibenarkan adalah terhad.
2. Sebaliknya,koperasi tiada had dalam modal saham atau caruman saham sesebuah koperasi.Ini adalah untuk memberi peluang kepada individu yang berminat untuk menyertai koperasi berkenaan.

Dividen
1. Pembayaran dividen bagi koperasi tidak boleh melebihi 6% bagi koperasi kredit dan 10% bagi koperasi lain tanpa kebenaran Ketua Pendaftar Koperasi.
2. Syarikat tidak mempunyai had dalam pembayaran dividen kepada pemegang saham.Jumlah dividen bergantung kepada keuntungan yang diperolehi syarikat yang tertakluk kepada Lembaga Pengarah syarikat.

Pengurusan Pemasaran
1. Bagi koperasi,kebanyakan orang yang melanggani perniagaan yang dijalankannya terdiri daripada ahli-ahli koperasi sendiri.Barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh koperasi tersebut diketahui oleh ahli-ahlinya.Dengan itu,pemasaran barangan dan perkhidmatannya tidak begitu diberi perhatian berbanding organisasi bermotifkan untung. Apa yang dititikberatkan adalah memasarkan keahlian koperasi,iaitu usaha koperasi untuk menambahkan ahlinya.
2. Bagi organisasi bermotifkan keuntungan,pemasaran barangan dan perkhidmatannya adalah diutamakan.Mereka mementingkan barangan dan perkhidmatan mereka terjual sebanyak mungkin untuk menjanakan keuntungan semaksimum mungkin.

Esei Keusahawanan (Tempat Keempat peringkat daerah)

JELASKAN SUMBANGAN USAHAWAN DESA TERHADAP INDUSTRI PELANCONGAN NEGARA





Usahawan didefinisikan sebagai pengusaha iaitu orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan. Desa pula bermaksud kampung iaitu kawasan luar kota. Ini dapat disimpulkan bahawa usahawan desa membawa maksud individu di kawasan kampung yang berupaya mengenal pasti peluang-peluang perniagaan, menghasilkan idea-idea perniagaan, memperkenalkan sesuatu yang baru dan melakukan inovasi. Pelancongan negara merupakan aktiviti melawat sambil melihat-lihat sesuatu tempat di dalam negara tersebut sama ada mereka datang dari dalam atau luar negara secara individu, berpasangan atau berkumpulan.

Tidak dinafikan bahawa usahawan desa mempunyai banyak sumbangan terhadap pelancongan negara. Antaranya ialah dapat meningkatkan taraf hidup penduduk kawasan sekitar. Penduduk dapat menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan , dengan cara ini pendapatan penduduk dapat dijana dengan lebih lumayan. Ini disebabkan oleh kawasan pelancongan merupakan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong dalam atau luar negara. Pelbagai peluang pekerjaan juga dapat ditawarkan seperti pengusaha “chalet”, pemandu pelancong, pengusaha “homestay” dan sebagainya. Secara tidak langsung, kadar pengangguran dalam kalangan penduduk akan berkurangan. Dengan itu, ekonomi negara akan dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik. Tegasnya, usahawan desa dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran negara dan meningkatkan pendapatan penduduk desa.
Usahawan desa juga mampu memajukan industri hiliran yang dapat menjual produk yang berasaskan hasil daripada pertanian dan haiwan. Perusahaan yang diusahakan mampu mendatangkan pendapatan yang lumayan khususnya kepada penduduk desa. Selaras dengan kempen “Cita rasa Malaysia untuk dunia” yang dilancarkan oleh kerajaan mampu menarik lebih ramai pelancong asing dan tempatan untuk datang ke kawasan tersebut bagi mendapatkan produk-produk yang dijual oleh usahawan desa. Kempen yang dilancarkan bukan sahaja mampu meningkatkan produktiviti malah mampu meningkatkan sumber pendapatan usahawan desa. Tidak dapat dinafikan bahawa Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan industri pelancongan dapat dimajukan setanding dengan industri-industri lain yang terdapat di Malaysia.

Kadar pelaburan yang diterima daripada pelabur asing dan tempatan juga dapat ditingkatkan. Para pelabur dapat melihat prospek kemajuan dalam jangka masa panjang jika mereka melakukan pelaburan di kawasan tersebut seperti yang telah dilakukan di Desaru, Johor. Pelbagai kemajuan dan kemudahan telah dibangunkan seperti industri kraf tangan, perusahaan kereta sewa, perusahaan restoran berasaskan makanan laut yang dapat digunakan sebagai ranap petulang, ijuk penebal kepada golongan usahawan desa. Selain itu, mereka bertungkus lumus untuk mempromosikan kawasan pelancongan yang terdapat di tempat mereka. Mereka menggunakan pelbagai cara untuk mempromosikan kawasan pelancongan di tempat mereka seperti menggunakan media cetak, elektronik atau melalui bantuan kerajaan. Mereka percaya bahawa kemasukan para pelabur dapat membangunkan kawasan mereka dengan lebih maju kerana Malaysia memiliki kawasan pelancongan yang menarik untuk dilawati.

Tidak berwap nasi dingin untuk mengatakan bahawa usahawan desa tidak mengenal erti jemu untuk terus membawa industri pelancongan negara setaraf dengan industri pelancongan di negara asing. Kementerian Pelancongan bersama-sama Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan telah berganding bahu untuk membawa industri pelancongan negara duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara asing. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Malaysia semenangnya mempunyai kawasan pelancongan yang menarik, cantik serta udara yang nyaman. Disebabkan itu, kerajaan telah memperkenalkan agro-pelancongan agar dapat mempertingkat mutu pelancongan serta meningkatkan kadar kemasukan pelancong asing ke dalam negara. Tambahan itu, usahawan desa juga berusaha memajukan industri kraf tangan seperti batik dan songket sebagai identiti Malaysia yang kini semakin mendapat tempat di mata dunia kerana kehalusan seninya.

Diimbau berbunyi, dilihat bersua apabila kawasan pelancongan negara banyak terdapat di desa kerana faktor persekitaran dan alam semula jadinya. Faktor- faktor seperti ini telah menarik ramai pencinta alam untuk melancong ke Malaysia kerana terdapat banyak spesies flora dan fauna yang jarang ditemui. Atas inisiatif untuk memajukan industri pelancongan negara, kerajaan telah memperkenalkan Malaysia sebagai rumah kedua. Dengan itu, usahawan desa bertungkus lumus memperkenalkan
kawasan tersebut kepada umum agar sentiasa dikunjungi oleh peminat-peminatnya. Begitu juga dengan kebudayaan dan sejarah yang terdapat di Malaysia turut diperkenalkan oleh usahawan desa ini agar masyarakat asing akan dapat memahami dan mengetahui dengan lebih lanjut selain dapat menambah pengalaman, pengetahuan serta merasai sendiri kemakmuran yang dikecapi oleh negara Malaysia yang dapat hidup bersama-sama dengan mereka yang berlainan kaum, bangsa dan agama.

Natijahnya, inisiatif usahawan desa perlulah dihargai kerana mereka telah memberi banyak sumbangan besar dan bernilai untuk memajukan industri pelancongan negara tanpa disedari. Ini disebabkan oleh, mereka mengetahui bahawa industri ini mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada negara. Oleh itu, usahawan desa sememangnya amat diperlukan untuk menjayakan dasar kerajaan yang telah diagendakan kerana tanpa mereka kejayaan yang telah dikecapi hari ini amat sukar untuk diperolehi.




-Nur Izzah 2009-

Keusahawanan

“Usahawan merupakan peneraju ekonomi Negara. Mereka memainkan peranan yang sangat penting terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Sumbangan usahawan amat penting dalam usaha wewujudkan masyarakat yang makmur.”
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan sumbangan usahawan dari sudut mikro dan makro.





Usahawan merupakan peneraju ekonomi negara. Usahawan yang inovatif dan sanggup mengambil risiko akan menggabungkan faktor – faktor pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal dengan berkesan untuk menghasilkan barang dan perkhidamatan. Manakala, keusahawanan pula ialah suatu proses tindakan kreatif manusia untuk membangunkan sesuatu yang baru. Kerajaan telah menekankan pembangunan keusahawanan kerana dapat memberi sumbangan ke arah usaha Kerajaan Malaysia untuk menyusun semula masyarakat. Tokoh usahawan Malaysia seperti Tan Sri Rozali Ismail dan Datuk T. Ananda Krishnan telah memainkan peranan penting dalam usaha mewujudkan masyarakat dan negara yang makmur. Oleh itu, sumbangan usahawan boleh dilihat dari sudut mikro dan makro.

Terdapat beberapa sumbangan usahawan dalam sudut mikro. Sumbangan usahawan dalam aspek ini ialah mereka dianggap sebagai sumber atau pencetus idea baru dalam pra-penubuhan, semasa dan selepas penubuhan firma. Idea yang dijana tidak semestinya asli, namun dapat menggalakkan penghasilan produk atau perkhidmatan yang baru. Penghasilan produk atau perkhidmatan baru ini dapat menambahkan nilai barangan atau perkhidmatan tersebut. Sebagai contoh, telefon bimbit berjenama Nokia hanya boleh membuat panggilan pada tahun 80-an. Apabila penyelidikan dan pembaharuan berlaku, telefon bimbit mempunyai fungsi yang berbagai seperti perkhidmatan pesanan ringkas (SMS), mendengar lagu, mengambil gambar dan sebagainya. Dengan ini, telefon bimbit mempunyai kegunaan baru dan bertambah nilai. Oleh hal yang demikian, sumbangan usahawan dalam menjana idea baru adalah sangat penting.

Selain itu, usahawan yang melihatkan masalah yang wujud sebagai peluang idea perniagaan juga mempunyai sumbangan. Dengan wujudnya peluang dan idea baru, usahawan akan melaksanakan perancangan. Perancangan mengenai struktur perniagaan, penyelidikan dan penghasilan produk atau perkhidmatan baru akan dijalankan. Misalnya, apabila berlaku jerebu yang menjejaskan kualiti udara dan sistem pernafasan, usahawan akan menyelidik dan menghasilkan topeng mulut bagi masyarakat. Dengan ini, topeng mulut merupakan produk baru hasil daripada masalah yang wujud di persekitaran selaras dengan perancangan yang teliti sebelum penghasilan produk baru. Oleh hal yang demikian, sumbangan usahawan mewujudkan peluang perniagaan baru dari sudut mikro tidak boleh dinafikan.

Sumbangan usahawan juga terdapat dalam bidang yang lebih luas iaitu dalam aspek makro. Usahawan telah memberikan sumbangan yang amat besar dan penting kepada masyarakat dan negara kita. Antara sumbangan usahawan ialah mewujudkan peluang pekerjaan. Usahawan biasanya terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, perkhidmatan, perindustrian dan sebagainya. Dengan ini, banyak peluang pekerjaan disediakan untuk masyarakat tempatan. Sebagai contoh, penubuhan HICOM dan syarikat penerbangan Air Asia telah menawarkan pelbagai jenis pekerjaan. Kewujudan peluang pekerjaan yang banyak dan mencukupi akan mengurangkan masalah pengangguran. Mengikut statistik, kadar pengangguran telah menurun dari 3.6% pada tahun 2000 kepada 3.4% pada tahun 2005. Secara tidak langsung juga, masalah sosial juga dapat dibanteras kerana mereka mempunyai pekerjaan dan kurang melakukan kegiatan yang tidak sihat.

Di samping itu, usahawan juga dapat menyumbang terhadap pembangunan ekonomi negara. Usahawan menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi dan apabila sektor – sektor seperti perlombongan, pertanian dan perindustrian diaktifkan, ekonomi negara akan menjadi lebih mantap. Hal ini kerana sumber – sumber alam semula jadi akan diusahakan dan dapat merangsang ekonomi negara. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga akan mengalami pertumbuhan. Buktinya, kadar pertumbuhan KDNK telah melonjak dari 4.1% pada tahun 2002 kepada 7.1% pada tahun 2004. Dengan pertumbuhan yang memberangsangkan, kerajaan berupaya menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti jalan raya bertar, klinik kesihatan dan lain – lain. Usahawan bukan sahaja dapat menyumbang dalam pembangunan negara, malah dapat membantu kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya.

Sumbangan usahawan dari sudut makro yang lain ialah memenuhi keperluan dan menambahkan pilihan barangan dalam pasaran. Masyarakat kita mempunyai keperluan dan kehendak yang perlu dipenuhi. Usahawan akan menghasilkan produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. Usahawan telah menghasilkan pelbagai jenis barang keperluan asas seperti makanan, rumah, pakaian dan sebagainya dengan banyak variasi. Masyarakat akan mempunyai lebih banyak pilihan terhadap barangan asas. Barang mewah yang berteknologi tinggi dan berinovasi seperti kereta, komputer, televisyen dan kamera turut dihasilkan oleh usahawan yang kreatif. Oleh itu, usahawan dapat memenuhi keperluan dan juga memberi kepuasan yang maksimum kepada masyarakat.

Kesimpulannya, usahawan sememnagnya memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada pembangunan dan kemajuan negara. Usahawan dari sudut mikro, telah menekankan hubungan antara usahawan dan penubuhan syarikat serta penghasilan produk. Dari aspek makro pula, sumbangan usahawan kepada kemajuan ekonomi dan negara adalah sangat besar. Usahawan yang berjaya seperti Dato Robert Kuok turut memberi inspirasi kepada usahawan muda yang lain untuk terus memberi sumbangan terhadap masyarakat dan negara serta menjadi peneraju ekonomi Malaysia pada masa depan.


-Tan Jing Wen 2009-

Saturday, December 26, 2009

Soalan Pengajian Perniagaan STPM 2004 (kertas 2)

http://www.box.net/shared/vrmyetkm1y

Soalan Pengajian Perniagaan STPM 2003 (kertas 2)

http://www.box.net/shared/4yea3p7bn5

Soalan Pengajian Perniagaan STPM 2002 (kertas 2)

http://www.scribd.com/doc/23102336

Soalan Pengajian Perniagaan STPM 2001 (kertas 2)

http://www.scribd.com/doc/23101923

Tajuk Perancangan (PERT,Carta gantt,TPM, Belanjawan)

http://www.box.net/shared/hm45cbfm8n

http://www.scribd.com/doc/23099239

rancangan perniagaan restoran

http://www.scribd.com/doc/23096417

rancangan perniagaan kedai dobi

http://www.scribd.com/doc/23096076

rancangan perniagaan salon kecantikan

http://www.scribd.com/doc/23095340

Formation of business policy

Formation of the business policy

The mission of the business is its most obvious purpose -- which may be, for example, to make soap.

The vision of the business reflects its aspirations and specifies its intended direction or future destination.The objectives of the business refers to the ends or activity at which a certain task is aimed.

The business's policy is a guide that stipulates rules, regulations and objectives, and may be used in the managers' decision-making. It must be flexible and easily interpreted and understood by all employees.

The business's strategy refers to the coordinated plan of action that it is going to take, as well as the resources that it will use, to realize its vision and long-term objectives. It is a guideline to managers, stipulating how they ought to allocate and utilize the factors of production to the business's advantage. Initially, it could help the managers decide on what type of business they want to form.

-faizal-

jadual waktu peperiksaan stpm 2009

http://www.scribd.com/doc/23056610

contoh soalan kajian kes

Soalan no 22. Perniagaan Mesra Berabad adalah sebuah organisasi perniagaan yang mengeluarkan produk makanan dalam tin di Jejawi, Perlis. Perniagaan ini berkembang maju ekoran daripada permintaan para pelanggan yang semakin meningkat. Pemiliknya Encik Rosli bercadang untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran. Selaras dengan itu, beliau telah meminta Puan Mazni sebagai Pengurus Sumber Manusia perniagaan berkenaan untuk meneliti analisis kerja dan mengadakan temuduga untukmengambil pekerja baru.

a) Jelaskan lima kepentingan maklumat yang diperolehi daripada analisis kerja kepada Perniagaan Mesra Berabad. (10m)

b) Huraikan langkah-langkah yang terlibat dalam melaksanakan satu temuduga yang efektif. (12m)

c) Terangkan definisi dan objektif utama kawalan inventori dalam proses pengeluaran (3m)

hasil negara

http://www.scribd.com/doc/22798375

soalan percubaan 2009 pengajian perniagaan kertas 2 (perlis)

http://www.scribd.com/doc/22796675

soalan percubaan 2009 pengajian perniagaan kertas 1 (perlis)

http://www.scribd.com/doc/22796485

skema jawapan soalan percubaan 2009 pengajian perniagaan kertas 1 (negeri sembilan)

http://www.scribd.com/doc/22796424

soalan percubaan 2009 pengajian perniagaan kertas 2 (negeri sembilan)

http://www.scribd.com/doc/22796205

soalan percubaan 2009 pengajian perniagaan kertas 1 (negeri sembilan)

http://www.scribd.com/doc/22796082

contoh rancangan perniagaan

http://www.scribd.com/doc/22795904

Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan STPM

http://www.scribd.com/doc/22795853

carta PERT

http://www.scribd.com/doc/23098545

http://www.box.net/shared/hm45cbfm8n

Soalan Pengajian Perniagaan STPM 1999 (kertas 2)

http://www.scribd.com/doc/23100522

Soalan Pengajian Perniagaan STPM 2000 (kertas 2)

http://www.box.net/shared/jek9nvph9t