KOPERASI
A. Definisi
- Badan atau pertubuhan yang dibentuk bersama oleh sekumpulan inidividu
- Untuk mengalakkan kepentingan sosial dan ekonomi ahli-ahlinya mengikut prinsip-prinsip kerjasama
- Perlu didaftarkan dengan Ketua Pendaftar Koperasi di Jabatan Pembangunan Koperasi
B. Peranan
- Untuk memajukan kepentingan ekonomi ahli-ahlinya
- Faedah yang dinikmati secara tidak langsung akan dapat memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup ahli-ahli kerana perkhidmatan atau barangan yang diperoleh melalui koperasi adalah berkualiti dan pada harga yang berpatutan
- Menggalakkan kerjasama dikalangan ahli-ahlinya
- Sebagai agen perpaduan dalam masyarakat dan antara ahli apabila dapat menjalinkan hubungan yang lebih akrab dan bertoleransi
- Koperasi bertujuan untuk mewujudkan keadilan sosial dan ekonomi dengan penghapusan eksploitasi dan penindasan terhadap anggota masyarakat yang lemah. Oleh itu,gabungan ahli-ahli masyarakat akan menjadikan mereka satu kumpulan yang kuat dan mempunyai suara yang diiktiraf
- Koperasi juga membantu usaha kerajaan dalam pembangunan negara.Taraf kehidupan masyarakat akan baik dan peningkatan dalam kualiti hidup mereka dengan sendirinya akan mempercepatkan pembangunan negara
C. Prinsip-prinsip Koperasi
1. Keanggotaan secara terbuka dan sukarela
- Keahlian hendaklah secara sukarela dan terbuka tanpa sebarang sekatan atau diskriminasi dari segi sosial,politik atau agama
2. Pengurusan secara demokrasi
- Koperasi ialah pertubuhan yang bersifat demokrasi.Hal-ehwal sesebuah koperasi hendaklah ditadbirkan oleh mereka yang dipilih atau dilantik dengan cara yang dipersetujui oleh ahli-ahli koperasi berkenaan.
- Bagi koperasi asas,ahli-ahli mempunyai hak mengundi yang sama (iaitu satu undi bagi setiap orang ahli) dan mereka turut serta membuat keputusan-keputusan yang berkaitan dengan koperasi mereka.
- Bagi koperasi atasan dan menengah,pentadbirannya hendaklah dijalankan berasaskan demokrasi dalam bentuk yang bersesuaian.
3. Faedah atau pulangan atas modal yang terhad
- Modal saham yang disumbangkan oleh ahli hendaklah menerima satu kadar faedah atau pulangan yang terhad,jika ada.
- Sebagai contoh di Malaysia,tanpa kebenaran Ketua Pendaftar Koperasi,faedah atau dividen tidak melebihi 10% (6% bagi koperasi kredit dan bank) boleh diberi.Ini untuk mengelakkan individu menggunakan koperasi sebagai tempat untuk mencari keuntungan pelaburan.
- Keutamaan koperasi adalah untuk memberi perkhidmatan kepada ahli dan bukan keuntungan semata-mata.
4. Pembahagian lebihan yang saksama
- Segala keuntungan yang diperolehi hasil daripada aktiviti-aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh sesebuah koperasi adalah kepunyaan ahli-ahli koperasi itu dan seharusnya dibahagikan dengan adil tanpa mana-mana ahli mandapat laba yang melampau berbanding ahli-ahli yang lain.
5. Galakan kepada Pendidikan koperasi
- Koperasi perlu membuat peruntukan untuk pendidikan untuk meningkatkan kesedaran ahli-ahlinya,kakitangan dan masyarakat umum mengenai prinsip-prinsip dan teknik-teknik koperasi,baik dari segi ekonomi mahupun demokrassi.
- Selain meningkatkan kemahiran diri sendiri,pendidikan memainkan peranan yang lebih berkesan kepada ahli biasa ataupun ahli lembaga koperasi.
6. Kerjasama aktif sesama koperasi yang berdaftar
- Semua pertubuhan koperasi sepatutnya bekerjasama dengan lebih aktif lagi dalam semua cara yang praktik dengan koperasi-koperasi lain di peringkat tempatan,kebangsaan dan antarabangsa.
- Dapat memperluas dam memperkukuhkan semangat saling membantu dan seterusnya kerjasama ini akan mempunyai kesan positif terhadap sistem ekonomi secara keseluruhan.
D. Bentuk Pertubuhan Koperasi
KOPERASI KEANGGOTAAN MATLAMAT KEAHLIAN
Koperasi Asas -Individu atau
perseorangan -Meningkatkan
kepentingan ekonomi ahli-ahlinya mengikut prinsip koperasi -minimum 100
orang
Koperasi Menengah -Ahli-ahli koperasi -Memudahkan operasi koperasi- koperasi yang menjadi ahli -Minimum, 2 koperasi asas
Koperasi Atasan atau Induk -Koperasi menengah shja atau koperasi menengah dan koperasi asas -Contoh, Angkatan Koperasi Kebangsaan -Sekurang-kurangnya 2 koperasi menengah
E. Jenis dan Aktiviti Koperasi
JENIS AKTIVITI UTAMA CONTOH
Koperasi Kredit dan Bank Menyediakan kemudahan kredit, penerimaan deposit dan perkhidmatan perbankan lain dengan kadar yang lebih baik kepada ahli berbanding bukan ahli Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
Koperasi Pengguna Membekalkan barangan dan perkhidmatan yang bermutu melalui kedai-kedai runcit,pasar mini,pasar raya,stesen minyak, kedai alat elektrik dan pelbagai kedai lain Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Bhd.,
Koperasi Pegawai- pegawai Melayu Malaysia
(MOCCIS)
Koperasi Perumahan Memajukan projek perumahan bagi memenuhi permintaan ahli-ahli untuk mendapatkan rumah sendiri yang selesa dengan harga berpatutan.Kebanyakkan projek- projek ini tertumpu kepada rumah- rumah kos rendah dan sederhana Koperasi Perumahan Guru- guru Melayu Perlis, Koperasi Perumahan Melayu Kinta Bhd.
Koperasi Industri Kampung Mempergiat dan memusatkan usaha-usaha kraf tangan dan industri kampung yang mempergunakan tanah liat,buluh,rotan,mengkuang dan sebagainya untuk menambahkan pendapatan ahli-ahlinya Koperasi Industri Kampung Morak Bhd.,Tumpat, Kelantan
Koperasi Pembangunan Tanah Membangunkan tanah-tanah yang luas dengan projek pertanian dan mengusahakan penanaman untuk jualan bagi tanaman-tanaman utama seperti getah,koko dan kelapa sawit Koperasi Pekebun Kecil Daerah Padang Terap, Kuala Nerang,Kedah. Koperasi Permodalan Felda Bhd.
Koperasi Insurans Menjalankan kegiatan insurans kepada ahli-ahlinya.Pada masa ini, Malaysian Co-operative Insurans Society (MCIS) adalah satu-satunya koperasi berdaftar dalam sektor insurans Koperasi Insurans Malaysia Bhd.(MCIS), Petaling Jaya, Selangor
Koperasi Kenderaan Pengangkutan Menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada anggota-anggotanya.Kebanyakan daripada mereka adalah dirancangan pembangunan tanah seperti FELDA,RISDA dan FELCRA yang menjalankan aktiviti seperti mengangkut hasil-hasil pertanian ke kilang-kilang pemprosesan. Selain itu,ada juga yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas dan teksi,serta pengangkutan komersial Koperasi Pengangkutan Kedah Utara,Alor Setar, Kedah
F. Pengagihan Untung Bersih dan Sahan Bonus
1. Mengikut Akta Koperasi 1948,sebanyak 25% daripada keuntungan hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpula Rizab Wang Berkanun,Akaun Amanah Kumpulan Wang Pelajaran dan ANGKASA.75% yang tinggal adalah untuk kegunaan lain sebagaiman yang diperuntukkan dalam akta.Ini termasuk pembayaran dividen untuk ahli.
2. Pembayaran dividen ini mestilah tidak melebihi 10% atas saham kecuali bagi koperasi kredit dan bank yang mempunyai had maksimum 6%.Sekiranya mana-mana koperasi yang hendak mengeluarkan dividen melebihi had yang telah ditetapkan,kebenaran daripada Ketua Pendaftar Koperasi perlu diperolehi.
3. Saham bonus boleh dikeluarkan kepada ahli-ahlinya dengan syarat ianya adalah daripada keuntungan penjualan tanah atau bangunan,atau penilaian semula tanah atau bangunan yang dimiliki.Sekiranya terbitan saham bonus tersebut adalah hasil penilaian semula aset tetap,persetujuan daripada Ketua Pendaftar Koperasi adalah diperlukan bagi tujuan penilaian semula.
G. Penubuhan dan Pendaftar Koperasi
1. Sekumpulan individu yang berminat menubuhkan koperasi perlu membuat permohonan kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) melalui pejabat JPK wilayah atau daerah.
2. Setelah mendapatkan kelulusan daripada JPK,sebuah Jawatankuasa Penaja terdiri daripada sekurang-kurangnya 10 orang dibentuk untuk melaksanakan tugas-tugas awalan seperti berikut:
(a) Menentukan jenis koperasi yang hendak ditubuhkan
(b) Menyediakan aturan-aturan kegiatan utama dan kegiatan-kegiatan lain yang termasuk dalam objektif penubuhan koperasi berkenaan.
(c) Menggubal undang-undang kecil dengan berpandukan undang-undang kecil seragam yang disediakan oleh JPK
(d) Mendaftarkan bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan butiran peribadi ahli.Jawatankuasa Penaja ini perlu memastikan terdapat tidak kurang daripada 100 orang yang berdaftar sebelum mesyuarat agung permulaan boleh diadakan.
3. Mesyuarat agung penubuhan diadakan bagi mendapatkan ketetapan dari bakal ahli untuk menubuhkan koperasi serta menerima undang-undang kecil dan memilih anggota Lembaga Koperasi.Biasanya,seorang pegawai dari JPK akan hadir untuk memberi penerangan mengenai hak dan tanggungjawab ahli serta aktiviti koperasi secara am.
4. Dokumen pendaftaran diserahkan kepada Ketua Pendaftar tidak lewat daripada tujuh hari selepas mesyuarat agung permulaan diadakan.Antara dokumen yang perlu disediakan termasuk perkara berikut::
(a) Borang permohonan pendaftaran yang telah ditandatangani oleh sepuluh orang ahli Jawatankuasa Penaja.
(b) Tiga naskhah undang-undang kecil koperasi yang memohon pendaftaran.
(c) Minit mesyuarat agung permulaan yang ditandatangani sekurang-kurangnya lima puluh orang yang hadir.
5. Setelah koperasi didaftarkan,satu sijil perakuan akan dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar sebagai pengiktirafan dan bukti yang sah mengenai pendaftarannya.Ini bererti koperasi tersebut telah menjadi sebuah entiti yang mempunyai hak-hak dan liabilitinya yang tersendiri.
H. Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK)
1. JPK adalah sebuah jabatan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1922 bagi memajukan gerakan koperasi adalah seperti berikut:
(a) Mendaftar dan membatalkan pendaftaran koperasi-koperasi dan memastikan bahawa koperasi-koperasi berfungsi mengikut peruntukan-peruntukan Akta Koperasi 1948 pindaan 1995.
(b) Mewujudkan persekitaran yang sihat untuk pembangunan koperasi dengan memberi bantuan seperti subsidi,geran pembangunan dan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah selain khidmat nasihat dan perundingan.
(c) Membantu koperasi meningkatkan kecekapan melalui latihan dan pendidikan kepada anggota lembaga,anggota biasa dan orang awam dengan menganjurkan kursus,bengkel dan seminar,serta edaran bahan penerbitan seperti buku panduan,majalah dan risalah
(d) Bekerjasama dengan jabatan / agensi kerajaan lain serta badan-badan koperasi seperti Maktab Kerjasama,ANGKASA dan sebagainya dalam membangun,membimbing,mendidik dan melatih mereka yang terlibat dengan gerakan koperasi
(e) Menasihati Menteri tentang apa-apa perkara yang berhubung dengan koperasi
I. Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)
1. MKM adalah sebuah institusi pengajian dalam bidang koperasi yang telah ditubuhkan pada 1956.Kini,MKM telah diperbadankan sebagai sebuah badan yang diletakkan di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.Antara peranan MKM dalam pembangunan koperasi adalah seperti berikut:
(a) Mengadakan kursus dalam pengajian koperasi dan memberi diploma bagi kursus-kursus yang sesuai kepada koperasi-koperasi di negara ini dan juga dirantau Asia Pasifik.Ahli-ahli koperasi yang mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan oleh MKM akan dapat menggunakan pengetahuan yang diperolehi bagi meningkatkan prestasi sesebuah koperasi
(b) Menyebarkan maklumat mengenai koperasi atau perkara yang berhubung dengannya malalui bahan-bahan bercetak seperti buku,majalah dan risalah
(c) Menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat nasihat kepada koperasi
J. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA)
1. ANGKASA ialah koperasi peringkat tinggi atau koperasi induk yang membuka keahliannya kepada koperasi-koperasi sahaja.Antara peranan ANGKASA dalam pembangunan koperasi adalah seperti berikut:
(a) Menerapkan budaya koperasi ke dalam kehidupan masyarakat melalui pendidikan dan publisiti.ANGKASA menerbitkan laporan-laporan dan berita-berita semasa berkaitan pergerakan koperasi di Malaysia.
(b) Membantu koperasi meningkatkan kecekapan pengurusan melalui peranannya sebagai sumber rujukan.Apabila terdapat masalah berkaitan perjalanan koperasi,ANGKASA menjadi tempat rujukan untuk koperasi mendapatkan pandangan,tunjuk ajar,garis panduan dan sebagainya.
(c) Menggalakkan pembangunan koperasi dengan menjadi organisasi induk yang menyatupadukan tenaga serta meningkatkan kerjasama sesama ahli koperasi.ANGKASA merupakan pusat hubungan diantara satu koperasi dengan koperasi lain.
(d) Bekerjasama dengan kerajaan untuk mencapai pembangunan ekonomi negara dan penstrukturan semula masyarakat.Selain itu,ANGKASA juga mewakili pergerakan koperasi diperingkat kebangsaan dan antarabangsa dalam perkara yang berkaitan dengan pergerakan koperasi.
(e) Memainkan peranan yang aktif dimana sesuai,dalam pergerakan negara dalam bidang perindustrian dan perdagangan,bekerjasama dengan pihak swasta dengan cara yang memanfaatkan kedua-dua pihak tanpa mengorbankan identiti dan prinsip-prinsip koperasi.
K. Perbandingan Koperasi dengan Organisasi Bermotifkan Untung
Pergerakan Koperasi dan Organisasi Bermotifkan Untung
KOPERASI ORGANISASI BERMOTIFKAN UNTUNG
Kawalan Undang-undang Akta Koperasi 1948 menggariskan perjalanan koperasi dengan Ketua Pendaftar Koperasi memastikan peraturan dipatuhi. Akta Syarikat 1965 merupakan akta utama sebagai panduan dalam menjalankan perniagaan. Banyak akta lain yang berkaitan juga mempengaruhi pengurusan perniagaan tersebut. Bagaimanapun,Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak mempunyai kawalan secara langsung ke atas perjalanan organisasi ini.
Kawalan Pengurusan Lembaga Pengarah Koperasi ditentukan berdasarkan kepada pemilihan hati yang mempunyai satu undi seorang tanpa mengambil kira jumlah saham yang dimiliki. Pengurusan sebuah syarikat ditentukan oleh Lembaga Pengarah Syarikat yang dipilih berdasarkan undi dalam mesyuarat agung.Bagaimanapun, pemilihan adalah berdasarkan undi yang mana hak mengundi bergantung kepada bilangan saham yang dimiliki.
Pengurusan Pengurusan kewangan koperasi digariskan mengikut akta dan dikuatkuasakan oleh Ketua Pendaftar Koperasi. Pengurusan kewangan organisasi bermotifkan keuntungan mempunyai kebebasan bagaimana wang perlu dibelanjakan dan bagaimana sumber diperolehi.
Modal Saham Tiada had dalam modal saham dan boleh ditambah dari semasa ke semasa. Had modal dibenarkan telah ditetapkan ketika pendaftaran. Sekiranya had tersebut telah dicapai,tiada saham baru yang boleh diterbitkan.
Pembayaran Dividen Tidak lebih 6% bagi koperasi kredit dan 10% bagi koperasi lain,kecuali mendapatkan kebenaran daripada Ketua Pendaftar Koperasi. Tiada had dan bergantung kepada prestasi syarikat.Bagaimanapun, Lembaga Pengarah akan memutuskan sama ada dividen boleh dikeluarkan atau tidak.
Pengurusan Pemasaran Lebih tertumpu kepada pemasaran keahlian koperasi berkenaan. Lebih tertumpu kepada barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Kawalan Undang-undang
1. Bagi mengawal perjalanan koperasi,Akta Koperasi telah menggariskan segala peraturan yang berkaitan dengan koperasi. Ketua Pendaftar Koperasi adalah bertanggungjawab untuk mengawal dan memastikan penguatkuasaan undang-undang tersebut.
2. Bagi organisasi bermotifkan untung,akta utama yang berkaitan adalah Akta Syarikat 1965 manakala Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pula mengawasi perjalanan syarikat supaya peruntukan dalam akta dipatuhi.
Kawalan Pengurusan
1. Hak mengundi bagi ahli koperasi satu undi setiap ahli tanpa mengambil kira bilangan unit saham.Berbeza dengan syarikat,jumlah pemilikan saham menentukan kawalan atau penguasaan ke atas pengurusan.
2. Ini tidak berlaku bagi koperasi yang berprinsipkan 1 undi bagi setiap ahli.Walaupun seseorang ahli itu mempunyai lebih dari satu saham,beliau memiliki satu hak mengundi sahaja.
Pengurusan Kewangan
1. Pengurusan kewangan bagi koperasi adalah lebih terbatas berbanding syarikat perniagaan.Penggunaan wang dalam mana-mana pelaburan perlu mengikut garisan panduan yang disediakan dalam Akta Koperasi.Ketua Pendaftar Koperasi mempunyai pengaruh dalam menentukan jenis pelaburan yang boleh diceburi oleh koperasi.
2. Ini berbeza dengan syarikat di mana penggunaan dana lebih banyak ditentukan oleh lembaga pengarah dab tidak tertakluk kepada kelulusan SSM.
Modal Saham
1. Bagi sebuah organisasi bermotif untung misalnya sebuah syarikat berhad,modal dibenarkan adalah terhad.
2. Sebaliknya,koperasi tiada had dalam modal saham atau caruman saham sesebuah koperasi.Ini adalah untuk memberi peluang kepada individu yang berminat untuk menyertai koperasi berkenaan.
Dividen
1. Pembayaran dividen bagi koperasi tidak boleh melebihi 6% bagi koperasi kredit dan 10% bagi koperasi lain tanpa kebenaran Ketua Pendaftar Koperasi.
2. Syarikat tidak mempunyai had dalam pembayaran dividen kepada pemegang saham.Jumlah dividen bergantung kepada keuntungan yang diperolehi syarikat yang tertakluk kepada Lembaga Pengarah syarikat.
Pengurusan Pemasaran
1. Bagi koperasi,kebanyakan orang yang melanggani perniagaan yang dijalankannya terdiri daripada ahli-ahli koperasi sendiri.Barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh koperasi tersebut diketahui oleh ahli-ahlinya.Dengan itu,pemasaran barangan dan perkhidmatannya tidak begitu diberi perhatian berbanding organisasi bermotifkan untung. Apa yang dititikberatkan adalah memasarkan keahlian koperasi,iaitu usaha koperasi untuk menambahkan ahlinya.
2. Bagi organisasi bermotifkan keuntungan,pemasaran barangan dan perkhidmatannya adalah diutamakan.Mereka mementingkan barangan dan perkhidmatan mereka terjual sebanyak mungkin untuk menjanakan keuntungan semaksimum mungkin.
Search This Blog
Monday, December 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment