Search This Blog

Tuesday, May 4, 2010

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

Membudayakan Keusahawanan Di Kalangan Mahasiswa Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang


Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan pelaksanaan pembangunan kemahiran keusahawanan di kalangan pelajar UiTM Pulau Pinang bagi memupuk minat mereka untuk memilih usahawan sebagai pilihan kerjaya. Bagi melaksanakan hasrat ini, semua mahasiswa pengajian diploma di UiTMPP diwajibkan mengambil kursus keusahawanan. Di samping itu, program yang berbentuk bukan akademik seperti Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS), Kelab Keusahawanan, Karnival Keusahawanan dan beberapa pendekatan yang lain. Oleh kerana program berbentuk bukan akademik masih baru dilaksanakan, hanya program berbentuk akademik sahaja yang dapat dinilai tahap pemahamannnya setakat ini. Cadangan penambahbaikan program pembudayaan keusahawanan ini turut dilaporkan. Kata kunci: kemahiran insaniah, keusahawanan, Universiti Teknologi MARA

1.PENGENALAN

Pelaksanaan program pembangunan kemahiran keusahawanan di institut pengajian tinggi (IPT) bukanlah satu agenda yang baru di negara ini. Secara umumnya, program pembangunan kemahiran keusahawanan di IPT awam telah pun bermula semenjak 1989 yang bertujuan mendedahkan kepada mahasiswa mengenai aspek perniagaan secara teori dan pratikal. Hasrat ini adalah selari dengan Wawasan 2020 negara yang ingin melahirkan masyarakat perdagangan dan perindutrian bumiputera serta golongan menengah. Selain daripada penglibatan Kementerian Pengajian Tinggi, pelaksanaan program pembangunan kemahiran keusahawanan di IPT awam ini mendapat sokongan padu dan kerjasama daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD). Dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK-9), MeCD bertekad melahirkan 150,000 usahawan terutama daripada golongan siswazah. Pada alaf baru ini, kemahiran keusahawanan telah menjadi salah satu komponen kemahiran generik atau kemahiran insaniah yang mesti diajar kepada mahasiswa di kebanyakkan IPT awam dan swasta. Tambahan pula, penekanan terhadap pembangunan modal insan yang berpersonaliti unggul seperti mana yang dikemukakan oleh YAB DatoĆ¢€™ Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia telah mendorong IPT awam menyediakan modul program pembangunan kemahiran insaniah secara tersusun dan bersistematik (Fairus, et. al, 2005) termasuklah pembangunan kemahiran usahawan. Matlamat untuk bekerja dengan kerajaan atau organisasi swasta dengan makan gaji di kalangan mahasiswa seharusnya diubah. Menurut maklumat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, bilangan graduan yang dilahirkan oleh IPTA dan IPTS di Malaysia meningkat setiap tahun dan sehingga tahun 2007 bilangan graduan yang dilahirkan berjumlah 168,000 orang. Dengan penawaran peluang pekerjaan yang terhad dewasa ini, maka ramai di kalangan mereka yang terpaksa mengganggur. Bekerja sendiri atau menjadi usahawan merupakan antara jalan penyelesaian kepada isu pengangguran siswazah ini. Oleh demikian, kemahiran keusahawan harus didedahkan kepada mahasiswa ketika masih berada di universiti untuk memupuk minat dan memberi kemahiran yang diperlukan. Di Universiti Teknologi MARA (UiTM), pelaksanaan program pembangunan kemahiran keusahawanan bukan sesuatu yang baru. Penubuhan Pusat Pembangunan Keusahawanan Malaysia atau

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 lebih dikenali sebagai Malaysian Entrepreneurship Development Center (MEDEC) di UiTM pada tahun 1975 telah banyak memainkan peranan dalam pembangunan dan perkembangan program pembangunan kemahiran keusahawan di kalangan mahasiswa di UiTM. Meskipun, peranan MEDEC dalam pembangunan kemahiran keusahawanan di UiTM telah melebihi tiga dekad, namun pelaksanaannya di UiTM Pulau Pinang (UiTMPP) masih baru selari dengan usia penubuhan kampus ini yang hanya melebih satu dekad. Objektif kertas kerja ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman terhadap usaha yang dijalankan dalam melaksanakan program pembangunan kemahiran keusahawanan di UiTMPP. Perbincangan akan menyentuh tentang pelaksanaan program wajib (akademik) dan program sokongan (bukan akademik). Kursus Asas Keusahawanan (Fundamentals of Entrepreneurship - ETR 300) merupakan kursus elektif universiti kepada semua mahasiswa semester akhir di peringkat pengajian Diploma di UiTMPP. Namun begitu hanya pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal sahaja yang tidak memilih kursus ini sebagai elektif. Kursus ini direka untuk memberi pendedahan awal kepada mahasiswa dalam bidang keusahawanan dan menggalakkan mereka untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Kursus ini dilaksanakan melalui syarahan, perbincangan dan kajian kes dalam satu semester. Pelajar diberi pendedahan tentang asas keusahawanan secara teori dan pada masa yang sama mereka perlu menyediakan rancangan perniagaan bagi perniagaan yang dipilih. Di dalam penyediaan rancangan perniagaan tersebut, pelajar didedahkan dengan pengetahuan dalam pengurusan organisasi, strategi pemasaran, pengurusan operasi, dan penyediaan penyata kewangan. Selain menyediakan laporan rancangan perniagaan tersebut, pelajar juga perlu membentangkan laporan mereka kepada panel-panel yang dilantik. Ini dapat membantu dalam menilai tahap pemahaman pelajar dalam bidang keusahawanan.

2.UNIVERSITI TEKOLOGI MARA PULAU PINANG.

Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang (UiTMPP) mula beroperasi pada 16 Jun 1996 di kampus sementara di Permatang Pasir dan kemudian pada Ogos 2003, UiTMPP berpindah ke kampus tetap di Jalan Permatang Pauh, Permatang Pauh di Daerah Seberang Perai Tengah. UiTMPP merupakan salah sebuah daripada 13 kampus negeri (cawangan) UiTM. Tumpuan pengkhususan UiTMPP adalah kepada bidang Kejuruteraan seperti Kejuruteraan Elektrik, Kejuteraan Mekanikal, Kejuteraan Awam dan Kejuteraan Kimia di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Selain itu terdapat juga penawaran program dalam bidang Farmasi dan Pengurusan Hotel dan Pelancongan di UiTMPP. Sehingga kini, UiTMPP mempunyai pelajar seramai 5,500 orang yang menuntut sepenuh masa.

3.Program Modul Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar

3.0 PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

Terdapat pelbagai usaha dan aktiviti dilaksanakan dalam usaha memupuk dan menanam minat serta membudayakan keusahawanan kepada mahasiswa di UiTMPP. Secara umum, program pembangunan kemahiran keusahawanan ini dikendalikan oleh dua pihak iaitu program akademik (program wajib kepada semua mahasiswa di peringkat pengajian Diploma) di bawah kendalian Jabatan Pengurusan Perniagaan (JPP) dan program pembangunan dan kepimpinan pelajar di bawah tanggungjawab Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA).

Program Modul Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar merupakan satu program kemahiran insaniah yang telah disusun kandungannya secara teratur dan bermodul bagi memberi nilai tambah kepada mahasiswa UiTM. Program wajib kepada semua mahasiswa ini telah dimulakan pada tahun 2004 dan terus dilaksanakan sehingga kini. Program ini dilaksanakan di bawah tanggungjawab Unit Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar, BHEPA. Kandungan modul ini yang berkaitan dengan kemahiran keusahawanan hanya dilaksanakan bagi modul kepada mahasiswa di peringkat pengajian Sarjana Muda yang berada di semester tiga. Bentuk pelaksanaanya melibatkan dua kaedah iaitu penyampaian melalui ceramah dan juga latihan dinamika kumpulan (LDK) atau perbincangan kumpulan. Penceramah yang terlibat adalah di kalangan pensyarah UiTMPP atau jemputan luar. Manakala fasilitator LDK terdiri daripada pensyarah UiTMPP sepenuhnya. Lazimnya program ini dilaksanakan selama dua hari iaitu pada hari sabtu dan ahad.

3.3Program Keusahawanan MEDEC

3.1 Kursus Asas Keusahawanan 2

Penubuhan MEDEC adalah bertujuan untuk merancang dan mengendalikan program-program pendidikan, latihan, penyelidikan, konsultasi dan khidmat nasihat keusahawan. Antara program anjuran MEDEC yang dijalankan di UiTMPP

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 adalah Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS). Program ini ialah program kerjasama di antara MECD dan beberapa universiti awam tempatan termasuklah UiTM. Peserta yang menamatkan kursus ini layak memohon pembiyaan dari Tabung Usahawan Siswazah (TUS). Program ini disasarkan kepada pelajar semester akhir peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana tanpa mengira bidang pengajian. Antara kandungan kursus termasuk Motivasi dan Simulasi Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi, Kaedah Mengnalpasti Peluang Perniagaan, Penubuhan Syarikat/Perniagaan, Kemudahan dan Pembiayaan Perniagaan, Pengurusan Pentadbiran, Pengurusan Operasi, Pengurusan Pemasaran, Rancangan Kewangan, Rancangan Perniagaan dan Forum Pembiayaan. Satu lagi program kerjasama di antara MECD dan MEDEC ialah Program Latihan Keusahawanan Siswa (LKS). Tujuan utama program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada lepasan pusat pengajian tinggi awam dan swasta terhadap bidang keusahawanan dan perniagaan. Kumpulan sasaran program LKS adalah terdiri daripada pelajar IPT peringkat diploma atau ijazah sarjana muda bagi tahun satu dan dua dari pelbagai bidang pengajian. mengikut program yang dilaksanakan. Aktiviti sebegini secara tidak langsung telah menggalakkan penyemaian budaya keusahawanan di kalangan ahli-ahli persatuan dan kelab pelajar di UiTMPP. Peluang yang ada juga memberi ruang kepada mereka untuk mendapat pengalaman berniaga. Sambutan yang diberikan oleh persatuan dan kelab terhadap program anjuran MPP adalah memuaskan. Peluang yang diberi membolehkan persatuan dan kelab untuk menjana kewangan mereka sendiri. Namun tidak semua persatuan dan kelab berminat untuk terlibat dalam aktiviti keusahawanan. Berdasarkan pemerhatian, penglibatan persatuan dan kelab pelajar dipengaruhi oleh kepimpinan pemimpin persatuan atau kelab tersebut. Jika pemimpin persatuan atau kelab itu berminat terhadap aktviti keusahawanan maka ianya boleh menyemarakkan budaya usahawan dikalangan ahli-ahli persatuan atau kelab mereka. Secara ringkasnya, aktiviti keusahawanan anjuran MPP memberi ruang dan peluang kepada persatuan dan kelab pelajar untuk turut sama terlibat dalam progran pembangunan kemahiran keusahawanan. Latihan, bimbingan dan motivasi keusahawanan harus diberi kepada pemimpinpemimpin persatuan dan kelab ini kerana mereka mempunyai pengaruh tersendiri untuk mengalakkan lebih ramai pelajar atau ahli persatuan dan kelab mereka berniaga.

3.4 Program Keusahawanan Persatuan / Kelab Pelajar

Program pembangunan kemahiran keusahawanan tidak sahaja terhad kepada aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak universiti sahaja. Malahan, galakkan dan dorongan turut diberikan kepada persatuan atau kelab pelajar untuk menjalankan aktiviti keusahawanan bagi penjana sumber kewangan persatuan / kelab masing-masing.

3.4.2 Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)

3.4.1 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan persatuan induk yang mewakili pelajar di universiti. MPP juga bertindak sebagai tempat rujukan dan menjadi contoh kepada lain-lain persatuan dan kelab di UiTMPP. Bagi usaha membudayakan keusahawanan di kalangan mahasiswa, MPP telah melaksanakan pelbagai program yang menyediakan ruang dan peluang kepada persatuan dan kelab pelajar untuk berniaga. Antara program yang dilaksanakan ialah: i. ii. iii. iv. Jualan Minggu Pendaftaran Pelajar Baru Expo Hari Persatuan dan Kelab Expo Sambutan Kemerdekaan Jualan Bazar Ramadhan

Tempoh dan ruang niaga yang disediakan melalui aktiviti anjuran MPP berbeza-beza 3

Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) adalah persatuan pelajar yang menjaga kebajikan dan melaksanakan aktiviti di kolej kediaman. Terdapat tiga buah kolej kediaman di UiTMPP iaitu Kolej Zamrud, Kolej Baiduri dan Kolej Mutiara. Berbeza dengan MPP yang melaksanakan aktiviti bagi semua pelajar di kampus UiTMPP, aktiviti JPK hanya memberi tumpuan kepada penghuni kolej sahaja. Dalam usaha pembudayaan keusahawanan di kolej kediaman, JPK telah memainkan peranan dengan menyelaras dan memantau aktiviti keusahawanan yang dijalankan secara individu oleh pelajar-pelajar yang penginap di kolej kediaman tersebut. Antara jenis perniagaan yang dijalankan oleh mereka di kolej kediaman adalah seperti jualan kad prabayar telefon bimbit, makanan segera dan makanan ringan, t-shirt, perkhidmatan mencetak, dan perkhidmatan membaiki komputer. Peraturan kolej kediaman tidak membenarkan penghuninya untuk menjalankan perniagaan. Namun atas inisiatif JPK, mereka telah berunding dengan pengurusan kolej untuk membenarkan aktiviti perniagaan dilaksanakan di kolej kediaman. Peranan JPK di sini ialah meminta sesiapa sahaja dikalangan penghuni kolej yang ingin berniaga di kolej kediaman mendaftar dengan mereka dan

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 segala iklan dan hebahan di papan notis yang berkaitan dengan pernigaan di kolej kediaman juga dipantau oleh JPK. Usaha JPK ini telah memudahkan pengurusan kolej dan universiti untuk memastikan peraturan kolej dipatuhi dan pada masa yang sama membenar dan menggalakkan pelajar untuk berniaga. terhadap program-program berbentuk usahawan yang mereka sertai, kebanyakan mahasiswa memberikan komen yang positif dan menyatakan bahawa program-program ini membantu mereka memahami konsep keusahawanan dengan lebih mendalam. Antara cadangan penambahbaikan program keusahawanan ini, mahasiswa tersebut turut menyatakan mereka memerlukan lebih banyak pendedahan praktikal dalam bidang perniagaan serta penganjuran program, seminar dan ekspo keusahawanan perlu diperbanyakkan dan dipertingkatkan di masa hadapan.

3.4.3 Kelab Usahawan

Terdapat 34 buah persatuan atau kelab pelajar berdaftar di UiTMPP dan hanya dua buah kelab sahaja yang penubuhannya bermatlamatkan pembudayaan keusahawanan. Dua kelab yang dimaksudkan ialah Kelab Usahawan dan Kelab SIFE. Kelab Usahawan banyak melaksanakan aktiviti keusahawan dalm bentuk forum, seminar, bengkel dan lawatan bagi memberi ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada ahli-ahlinya. Aktiviti yang dilaksanakan turut dibuka kepada pelajar-pelajar lain yang bukan ahli kelab. Antara aktiviti kelab ini ialah mengadakan seminar Technopreneur dan The World of Franchising, lawatan sambil belajar ke kilang-kilang IKS, serta mengambil bahagian di dalam Karnival Usahawan yang di adakan setiap tahun di UiTMPP. 3.4.4 Student in Free Enterprise (SIFE)

Program SIFE adalah program kerjasama di antara ahli perniagaan dan institusi pengajian tinggi yang bertujuan untuk melahirkan generasi usahawan masa hadapan yang mampu mengubah kehidupan masyarakat demi kebaikan bersama. Melalui program ini, mahasiswa IPT berpeluang menggunakan pengetahuan dalam bidang keusahawanan yang mereka perolehi di dalam kelas untuk berkhidmat kepada masyarakat. Program SIFE yang mempunyai rangkaian global ini memberi tumpuan kepada lima bidang iaitu market economics, success skills, entrepreneurship, financial literacy dan business ethics. SIFE di UiTMPP masih di awal penubuhannya dan sedang merancang pelbagai aktiviti bagi melayakkan mereka menyertai Kejohanan SIFE Kebangsaan seterusnya Kejohanan SIFE Dunia yang dianjurkan setiap tahun.

4.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pembudayaan keusahawanan di kalangan mahasiswa UiTMPP masih di peringkat awal pelaksanaan. Walau bagaimanapun banyak aktiviti keusahawanan yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar. Sambutan dan komitmen yang diberikan amat memberangsangkan walaupun majoriti mahasiswa UiTMPP adalah dari bidang kejuruteraan. Apabila diminta memberikan ulasan 4

No comments:

Post a Comment