Search This Blog

Wednesday, February 1, 2012

Februari 2012

Owh...sudah agak lame rasenye xupdate blog ni...mungkin sbb agak bz..tapi kepada peajar-pelajar yang ingin bantuan,sy akan cube sedaya upaya untuk membantu anda semua..Maafla untuk tahun 2011,kepada yang memrlukan tetapi sy tidak berkesempatan..Tahun 2012 ni sy akan lebih bersemangat!

Wednesday, November 17, 2010

lame xpost ape2...

DAH AGAK LAME XPOST APE2..SEKARANG NI ASYIK BZ JE..XDE MASE NAK BUAT AKTIVITI SENDIRI...NAK TULIS APE2 PUN XDE MASE...APE PUN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Wednesday, August 18, 2010

Selamat Berpuasa!

Selamat berpuase kepada pelajar-pelajar sekalian...

Tuesday, May 4, 2010

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

Membudayakan Keusahawanan Di Kalangan Mahasiswa Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang


Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan pelaksanaan pembangunan kemahiran keusahawanan di kalangan pelajar UiTM Pulau Pinang bagi memupuk minat mereka untuk memilih usahawan sebagai pilihan kerjaya. Bagi melaksanakan hasrat ini, semua mahasiswa pengajian diploma di UiTMPP diwajibkan mengambil kursus keusahawanan. Di samping itu, program yang berbentuk bukan akademik seperti Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS), Kelab Keusahawanan, Karnival Keusahawanan dan beberapa pendekatan yang lain. Oleh kerana program berbentuk bukan akademik masih baru dilaksanakan, hanya program berbentuk akademik sahaja yang dapat dinilai tahap pemahamannnya setakat ini. Cadangan penambahbaikan program pembudayaan keusahawanan ini turut dilaporkan. Kata kunci: kemahiran insaniah, keusahawanan, Universiti Teknologi MARA

1.PENGENALAN

Pelaksanaan program pembangunan kemahiran keusahawanan di institut pengajian tinggi (IPT) bukanlah satu agenda yang baru di negara ini. Secara umumnya, program pembangunan kemahiran keusahawanan di IPT awam telah pun bermula semenjak 1989 yang bertujuan mendedahkan kepada mahasiswa mengenai aspek perniagaan secara teori dan pratikal. Hasrat ini adalah selari dengan Wawasan 2020 negara yang ingin melahirkan masyarakat perdagangan dan perindutrian bumiputera serta golongan menengah. Selain daripada penglibatan Kementerian Pengajian Tinggi, pelaksanaan program pembangunan kemahiran keusahawanan di IPT awam ini mendapat sokongan padu dan kerjasama daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD). Dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK-9), MeCD bertekad melahirkan 150,000 usahawan terutama daripada golongan siswazah. Pada alaf baru ini, kemahiran keusahawanan telah menjadi salah satu komponen kemahiran generik atau kemahiran insaniah yang mesti diajar kepada mahasiswa di kebanyakkan IPT awam dan swasta. Tambahan pula, penekanan terhadap pembangunan modal insan yang berpersonaliti unggul seperti mana yang dikemukakan oleh YAB Dato̢۪ Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia telah mendorong IPT awam menyediakan modul program pembangunan kemahiran insaniah secara tersusun dan bersistematik (Fairus, et. al, 2005) termasuklah pembangunan kemahiran usahawan. Matlamat untuk bekerja dengan kerajaan atau organisasi swasta dengan makan gaji di kalangan mahasiswa seharusnya diubah. Menurut maklumat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, bilangan graduan yang dilahirkan oleh IPTA dan IPTS di Malaysia meningkat setiap tahun dan sehingga tahun 2007 bilangan graduan yang dilahirkan berjumlah 168,000 orang. Dengan penawaran peluang pekerjaan yang terhad dewasa ini, maka ramai di kalangan mereka yang terpaksa mengganggur. Bekerja sendiri atau menjadi usahawan merupakan antara jalan penyelesaian kepada isu pengangguran siswazah ini. Oleh demikian, kemahiran keusahawan harus didedahkan kepada mahasiswa ketika masih berada di universiti untuk memupuk minat dan memberi kemahiran yang diperlukan. Di Universiti Teknologi MARA (UiTM), pelaksanaan program pembangunan kemahiran keusahawanan bukan sesuatu yang baru. Penubuhan Pusat Pembangunan Keusahawanan Malaysia atau

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 lebih dikenali sebagai Malaysian Entrepreneurship Development Center (MEDEC) di UiTM pada tahun 1975 telah banyak memainkan peranan dalam pembangunan dan perkembangan program pembangunan kemahiran keusahawan di kalangan mahasiswa di UiTM. Meskipun, peranan MEDEC dalam pembangunan kemahiran keusahawanan di UiTM telah melebihi tiga dekad, namun pelaksanaannya di UiTM Pulau Pinang (UiTMPP) masih baru selari dengan usia penubuhan kampus ini yang hanya melebih satu dekad. Objektif kertas kerja ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman terhadap usaha yang dijalankan dalam melaksanakan program pembangunan kemahiran keusahawanan di UiTMPP. Perbincangan akan menyentuh tentang pelaksanaan program wajib (akademik) dan program sokongan (bukan akademik). Kursus Asas Keusahawanan (Fundamentals of Entrepreneurship - ETR 300) merupakan kursus elektif universiti kepada semua mahasiswa semester akhir di peringkat pengajian Diploma di UiTMPP. Namun begitu hanya pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal sahaja yang tidak memilih kursus ini sebagai elektif. Kursus ini direka untuk memberi pendedahan awal kepada mahasiswa dalam bidang keusahawanan dan menggalakkan mereka untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Kursus ini dilaksanakan melalui syarahan, perbincangan dan kajian kes dalam satu semester. Pelajar diberi pendedahan tentang asas keusahawanan secara teori dan pada masa yang sama mereka perlu menyediakan rancangan perniagaan bagi perniagaan yang dipilih. Di dalam penyediaan rancangan perniagaan tersebut, pelajar didedahkan dengan pengetahuan dalam pengurusan organisasi, strategi pemasaran, pengurusan operasi, dan penyediaan penyata kewangan. Selain menyediakan laporan rancangan perniagaan tersebut, pelajar juga perlu membentangkan laporan mereka kepada panel-panel yang dilantik. Ini dapat membantu dalam menilai tahap pemahaman pelajar dalam bidang keusahawanan.

2.UNIVERSITI TEKOLOGI MARA PULAU PINANG.

Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang (UiTMPP) mula beroperasi pada 16 Jun 1996 di kampus sementara di Permatang Pasir dan kemudian pada Ogos 2003, UiTMPP berpindah ke kampus tetap di Jalan Permatang Pauh, Permatang Pauh di Daerah Seberang Perai Tengah. UiTMPP merupakan salah sebuah daripada 13 kampus negeri (cawangan) UiTM. Tumpuan pengkhususan UiTMPP adalah kepada bidang Kejuruteraan seperti Kejuruteraan Elektrik, Kejuteraan Mekanikal, Kejuteraan Awam dan Kejuteraan Kimia di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Selain itu terdapat juga penawaran program dalam bidang Farmasi dan Pengurusan Hotel dan Pelancongan di UiTMPP. Sehingga kini, UiTMPP mempunyai pelajar seramai 5,500 orang yang menuntut sepenuh masa.

3.Program Modul Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar

3.0 PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

Terdapat pelbagai usaha dan aktiviti dilaksanakan dalam usaha memupuk dan menanam minat serta membudayakan keusahawanan kepada mahasiswa di UiTMPP. Secara umum, program pembangunan kemahiran keusahawanan ini dikendalikan oleh dua pihak iaitu program akademik (program wajib kepada semua mahasiswa di peringkat pengajian Diploma) di bawah kendalian Jabatan Pengurusan Perniagaan (JPP) dan program pembangunan dan kepimpinan pelajar di bawah tanggungjawab Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA).

Program Modul Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar merupakan satu program kemahiran insaniah yang telah disusun kandungannya secara teratur dan bermodul bagi memberi nilai tambah kepada mahasiswa UiTM. Program wajib kepada semua mahasiswa ini telah dimulakan pada tahun 2004 dan terus dilaksanakan sehingga kini. Program ini dilaksanakan di bawah tanggungjawab Unit Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar, BHEPA. Kandungan modul ini yang berkaitan dengan kemahiran keusahawanan hanya dilaksanakan bagi modul kepada mahasiswa di peringkat pengajian Sarjana Muda yang berada di semester tiga. Bentuk pelaksanaanya melibatkan dua kaedah iaitu penyampaian melalui ceramah dan juga latihan dinamika kumpulan (LDK) atau perbincangan kumpulan. Penceramah yang terlibat adalah di kalangan pensyarah UiTMPP atau jemputan luar. Manakala fasilitator LDK terdiri daripada pensyarah UiTMPP sepenuhnya. Lazimnya program ini dilaksanakan selama dua hari iaitu pada hari sabtu dan ahad.

3.3Program Keusahawanan MEDEC

3.1 Kursus Asas Keusahawanan 2

Penubuhan MEDEC adalah bertujuan untuk merancang dan mengendalikan program-program pendidikan, latihan, penyelidikan, konsultasi dan khidmat nasihat keusahawan. Antara program anjuran MEDEC yang dijalankan di UiTMPP

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 adalah Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS). Program ini ialah program kerjasama di antara MECD dan beberapa universiti awam tempatan termasuklah UiTM. Peserta yang menamatkan kursus ini layak memohon pembiyaan dari Tabung Usahawan Siswazah (TUS). Program ini disasarkan kepada pelajar semester akhir peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana tanpa mengira bidang pengajian. Antara kandungan kursus termasuk Motivasi dan Simulasi Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi, Kaedah Mengnalpasti Peluang Perniagaan, Penubuhan Syarikat/Perniagaan, Kemudahan dan Pembiayaan Perniagaan, Pengurusan Pentadbiran, Pengurusan Operasi, Pengurusan Pemasaran, Rancangan Kewangan, Rancangan Perniagaan dan Forum Pembiayaan. Satu lagi program kerjasama di antara MECD dan MEDEC ialah Program Latihan Keusahawanan Siswa (LKS). Tujuan utama program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada lepasan pusat pengajian tinggi awam dan swasta terhadap bidang keusahawanan dan perniagaan. Kumpulan sasaran program LKS adalah terdiri daripada pelajar IPT peringkat diploma atau ijazah sarjana muda bagi tahun satu dan dua dari pelbagai bidang pengajian. mengikut program yang dilaksanakan. Aktiviti sebegini secara tidak langsung telah menggalakkan penyemaian budaya keusahawanan di kalangan ahli-ahli persatuan dan kelab pelajar di UiTMPP. Peluang yang ada juga memberi ruang kepada mereka untuk mendapat pengalaman berniaga. Sambutan yang diberikan oleh persatuan dan kelab terhadap program anjuran MPP adalah memuaskan. Peluang yang diberi membolehkan persatuan dan kelab untuk menjana kewangan mereka sendiri. Namun tidak semua persatuan dan kelab berminat untuk terlibat dalam aktiviti keusahawanan. Berdasarkan pemerhatian, penglibatan persatuan dan kelab pelajar dipengaruhi oleh kepimpinan pemimpin persatuan atau kelab tersebut. Jika pemimpin persatuan atau kelab itu berminat terhadap aktviti keusahawanan maka ianya boleh menyemarakkan budaya usahawan dikalangan ahli-ahli persatuan atau kelab mereka. Secara ringkasnya, aktiviti keusahawanan anjuran MPP memberi ruang dan peluang kepada persatuan dan kelab pelajar untuk turut sama terlibat dalam progran pembangunan kemahiran keusahawanan. Latihan, bimbingan dan motivasi keusahawanan harus diberi kepada pemimpinpemimpin persatuan dan kelab ini kerana mereka mempunyai pengaruh tersendiri untuk mengalakkan lebih ramai pelajar atau ahli persatuan dan kelab mereka berniaga.

3.4 Program Keusahawanan Persatuan / Kelab Pelajar

Program pembangunan kemahiran keusahawanan tidak sahaja terhad kepada aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak universiti sahaja. Malahan, galakkan dan dorongan turut diberikan kepada persatuan atau kelab pelajar untuk menjalankan aktiviti keusahawanan bagi penjana sumber kewangan persatuan / kelab masing-masing.

3.4.2 Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)

3.4.1 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan persatuan induk yang mewakili pelajar di universiti. MPP juga bertindak sebagai tempat rujukan dan menjadi contoh kepada lain-lain persatuan dan kelab di UiTMPP. Bagi usaha membudayakan keusahawanan di kalangan mahasiswa, MPP telah melaksanakan pelbagai program yang menyediakan ruang dan peluang kepada persatuan dan kelab pelajar untuk berniaga. Antara program yang dilaksanakan ialah: i. ii. iii. iv. Jualan Minggu Pendaftaran Pelajar Baru Expo Hari Persatuan dan Kelab Expo Sambutan Kemerdekaan Jualan Bazar Ramadhan

Tempoh dan ruang niaga yang disediakan melalui aktiviti anjuran MPP berbeza-beza 3

Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) adalah persatuan pelajar yang menjaga kebajikan dan melaksanakan aktiviti di kolej kediaman. Terdapat tiga buah kolej kediaman di UiTMPP iaitu Kolej Zamrud, Kolej Baiduri dan Kolej Mutiara. Berbeza dengan MPP yang melaksanakan aktiviti bagi semua pelajar di kampus UiTMPP, aktiviti JPK hanya memberi tumpuan kepada penghuni kolej sahaja. Dalam usaha pembudayaan keusahawanan di kolej kediaman, JPK telah memainkan peranan dengan menyelaras dan memantau aktiviti keusahawanan yang dijalankan secara individu oleh pelajar-pelajar yang penginap di kolej kediaman tersebut. Antara jenis perniagaan yang dijalankan oleh mereka di kolej kediaman adalah seperti jualan kad prabayar telefon bimbit, makanan segera dan makanan ringan, t-shirt, perkhidmatan mencetak, dan perkhidmatan membaiki komputer. Peraturan kolej kediaman tidak membenarkan penghuninya untuk menjalankan perniagaan. Namun atas inisiatif JPK, mereka telah berunding dengan pengurusan kolej untuk membenarkan aktiviti perniagaan dilaksanakan di kolej kediaman. Peranan JPK di sini ialah meminta sesiapa sahaja dikalangan penghuni kolej yang ingin berniaga di kolej kediaman mendaftar dengan mereka dan

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 segala iklan dan hebahan di papan notis yang berkaitan dengan pernigaan di kolej kediaman juga dipantau oleh JPK. Usaha JPK ini telah memudahkan pengurusan kolej dan universiti untuk memastikan peraturan kolej dipatuhi dan pada masa yang sama membenar dan menggalakkan pelajar untuk berniaga. terhadap program-program berbentuk usahawan yang mereka sertai, kebanyakan mahasiswa memberikan komen yang positif dan menyatakan bahawa program-program ini membantu mereka memahami konsep keusahawanan dengan lebih mendalam. Antara cadangan penambahbaikan program keusahawanan ini, mahasiswa tersebut turut menyatakan mereka memerlukan lebih banyak pendedahan praktikal dalam bidang perniagaan serta penganjuran program, seminar dan ekspo keusahawanan perlu diperbanyakkan dan dipertingkatkan di masa hadapan.

3.4.3 Kelab Usahawan

Terdapat 34 buah persatuan atau kelab pelajar berdaftar di UiTMPP dan hanya dua buah kelab sahaja yang penubuhannya bermatlamatkan pembudayaan keusahawanan. Dua kelab yang dimaksudkan ialah Kelab Usahawan dan Kelab SIFE. Kelab Usahawan banyak melaksanakan aktiviti keusahawan dalm bentuk forum, seminar, bengkel dan lawatan bagi memberi ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada ahli-ahlinya. Aktiviti yang dilaksanakan turut dibuka kepada pelajar-pelajar lain yang bukan ahli kelab. Antara aktiviti kelab ini ialah mengadakan seminar Technopreneur dan The World of Franchising, lawatan sambil belajar ke kilang-kilang IKS, serta mengambil bahagian di dalam Karnival Usahawan yang di adakan setiap tahun di UiTMPP. 3.4.4 Student in Free Enterprise (SIFE)

Program SIFE adalah program kerjasama di antara ahli perniagaan dan institusi pengajian tinggi yang bertujuan untuk melahirkan generasi usahawan masa hadapan yang mampu mengubah kehidupan masyarakat demi kebaikan bersama. Melalui program ini, mahasiswa IPT berpeluang menggunakan pengetahuan dalam bidang keusahawanan yang mereka perolehi di dalam kelas untuk berkhidmat kepada masyarakat. Program SIFE yang mempunyai rangkaian global ini memberi tumpuan kepada lima bidang iaitu market economics, success skills, entrepreneurship, financial literacy dan business ethics. SIFE di UiTMPP masih di awal penubuhannya dan sedang merancang pelbagai aktiviti bagi melayakkan mereka menyertai Kejohanan SIFE Kebangsaan seterusnya Kejohanan SIFE Dunia yang dianjurkan setiap tahun.

4.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pembudayaan keusahawanan di kalangan mahasiswa UiTMPP masih di peringkat awal pelaksanaan. Walau bagaimanapun banyak aktiviti keusahawanan yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar. Sambutan dan komitmen yang diberikan amat memberangsangkan walaupun majoriti mahasiswa UiTMPP adalah dari bidang kejuruteraan. Apabila diminta memberikan ulasan 4

PERANCANGAN DAN KAJI SELIDIK

http://www.scribd.com/doc/30876824

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

KEMAHIRAN KOMUNIKASI
6.1 DEFINISI DAN PROSES
KOMUNIKASI

Pemindahan maklumat daripada seseorang, kumpulan dan organisasi (penghantar) kepada seseorang, kumpulan dan organisasi (penerima) yang lain melalui media tertentu.
3 PRINSIP KOMUNIKASI
 Melibatkan sekurang-kurangnya 2 orang
 Tidak semestinya percakapan tetapi penghantaran mesej dan menerima mesej
 Tidak dapat dikawal seperti perbezaan budaya
7 PROSES
PENGHANTAR @ PENGIRIM
Orang yang mula mencetuskan idea untuk berkomunikasi dengan orang
 Penghantar menterjemah & memahami maksud maklumat yang dihantar kepada penerima.
 Penerima menyimpulkan maklumat menjadi gerakan anggota badan yang menerangkan idea @
konsepnya.
MESEJ
 Maklumat dalam bentuk lisan untuk menyampaikan maksud kepada penerima.
 Dihantar melalui media @ saluran tertentu.

PENERIMA

 Orang yang menerima maklumat daripada penghantar.
 4 peranan penerima:
• Rasa – sedar bahawa beliau menerima mesej daripada sesorang.
• Menginterprestasikan maklumat – memahami makna dan tujuan penghantaran mesej.
• Menilai maklumat – memikir sama ada perlu atau tidak bertindak balas kepada mesej yang diterima.
• Tindak balas penerima – menjawab mesej yang diterima, mendiamkan diri @ serahkan pada orang lain untuk bertindak.

DEKOD @ PENTAFSIF KOD

 Proses mentafsir @ menterjemah maklumat yang diterima daripada penghantar kepada maklumat yang difahami oleh penerima.

MAKLUM BALAS

 Tindak balas yang dihantar oleh penerima kepada penghantar setelah mentafsir maklumat yang telah diterima.
 Arahan
• Suruhan
• Soalan
• Jawapan
• Penjelasan
 Bukan arahan
• Mimik muka
• Nada suara
• Air muka
• simbolik

GANGGUAN

 Perkara yang mengganggu roses komunikasi sama ada diperingkat penghantar, enkod, mesej, penerima @ dekod.

6.2 BENTUK KOMUNIKASI

(A) BENTUK

MENEGAK
 Pertukaram maklumat antara peringkat dengan peringkat dalam organisasi
 Objektif utama komunikasi menegak digunakan dalam organisasi:
• Menggalakkan penglibatan sebarapa banyak ahli organisasi
• Memberi peluang kepada pengurusan atasan mendapatkan maklumat penting daripada pekerja

MENDATAR
 Pertukaran maklumat secara bebas dalam organisasi.
 Kebaikan:
• Meningkatkan kerjasama, saling percaya & komunikasi yang berkesan di kalangan pekerja
• Penumpuan perkara yang tidak dipersetujui dari aspek idea bukan peribadi seseorang
• Kebanyakan tindakan & keputusan memberi kesan kepada kebolehan orang lain melaksanakan kerja
 Objektif:
• Menyelarakan kerja, berkongsi maklumat demi kepentingan organisasi
• Menyelesaikan masalah @ konflik secara berkumpulan

MELINTANG
 Pertukaran maklumat tidak formal

(B) KOMUNIKASI SEHALA

Proses komunikasi yang tidak memerlukan maklum balas dari penerima kepada penghantar.


DARI ATAS KEBAWAH
 Pengaliran maklumat dari peringkat atasan ke satu @ lebih peringkat yang lebih rendah dalam sesebuah organisasi.
 Kegunaan:
• Mendeligasikan visi, misi dan objektif
• Menilai pekerja
• Menerangkan polisi
• Member arahan

DARI BAWAH KE ATAS
 Pengaliran maklumat dari satu peringkat bawahan kepada satu @ lebih peringkat yang lebih tinggi dalam sesebuah organisasi.
 Masalah
• Maklumat melalui beberapa peringkat
• Persaingan antara maklumat wujud sebelum sampai kepada ketua
• Kurang kepercayaan ketua terhadap pekerja bawahan
 Kegunaan
• Membuat laporan
• Menyelesaikan masalah
• Memberi idea/cadangan
• Meluahkan masalah
• Menyampaikan maklumat
 Manfaat
• Syarikat
Sebagai ujian kepada pekerja bawahan dalam menerima mesej
• Pekerja
Dihargai kerana diberi peluang

(C) KOMUNIKASI DUA HALA

Proses komunikasi yang melibatkan maklum balas daripada penerima kepada penghantar

6.3 KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISAN

(A) KOMUNIKASI LISAN
 Proses komunikasi yang menggunakan percakapan untuk menyampaikan maklumat kepada penerima.

Faktor peningakatan pemahaman komunikasi:
 KESEDARAN
Pemahaman tentang sesuatu konsep
 PENGUKURAN
Tingkah laku yang selaras dengan tujuan komunikasi
 MAKLUM BALAS
Respon/ tanda-tanda penerimaan mesej serta pamahamannya

KEBAIKAN KEBURUKAN
Mesej boleh melalui saluran komunikasi dengan cepat Penghantar yang tidak memepunyai komunikasi yang baik susah menyampaikan mesej
Alat bantuan komunikasi boleh digunakan Tiada rekod kekal keran bentuk tidak nyata
Maklum balas cepat
Tidak formal dan kejujuran dapat dirasakan
Lebih murah & meyakinkan


KOMUNIKASI BUKAN LISAN
 Tingkah laku manusia: pergerakan badan, intonasi @ penekanan perkataan.
 Unsur fizikal: rekabentuk bangunan, kelengkapan & perhiasan pejabat

KEBAIKAN KEBURUKAN
Mesej boleh dipindah sehingga mencapai persetujuan antara penghantar & penerima Penghantar tidak mempunyai kawalan terjadap mesej yang dihantar & tidak boleh menentukan pembacanya
Mesej boleh disesuaikan dengan bakal penerima Penerima mungkin membaca @ menerima pada waktu yang salah
Dalam bentuk yang tetap & disimpan lama Penerima mungkin membuang & tidak membaca
Boleh dihantar kepada penerima di mana penghantar tidak boleh sampai Maklum balas tidak segara
Mesej tidak berubah Penerima memahami sebahagian mesej
Tiada had penerima maklumat seperti surat khabar Mesej yang dihantar mampu menerangkan penerima

(B) KOMUNIKASI LISAN

Jenis komunikasi lisan
 PERBINCANGAN
Proses mencari penyelesaian
 UCAPAN
Cara penyampaian secara lisan melalui ceramah, pidato, @ pembacaan laporan bertulis di hadapan sekumulan pendengar
 PEMBENTANGAN
Slaid
• Negatif filem yang diambil dengan kamera 35 mm
Filem
• Rangkaian gambar dalam pita arakaman
LCD
• Paparan pada skrin sama ada warna @ hitam putih yang dicetak di atas kertas telus
Pita rakaman
• Kaedah merakam suara tanpa sebarang soal jawab
Grafik
• Penggunaan bentuk termudah seperti carta dalam pembentangan
Telekonferens
• Siaran lansung

 MESYUARAT
Pertemuan antara dua @ lebih orang untuk membuat perancangan, berkongsi maklumat, membuat keputusan & mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dalam jangka pendek @ panjang
• Faedah
- Ahlinya daripada latar belakang yang berbeza
- Banyak pendapat
- Perancangan melibatkan pekerja dapat dijalankan
- Pastikan semua yang terlibat memahami sesuatu
• Langkah-langkah mesyuarat
- Semak tarikh, masa, tempat & agenda
- Memberi @ mendengar cadangan
- Catat & analisis hasil masyuarat untuk tindakan lanjut
• Senarai semak mesyuarat
- Tujuan mesyuarat
- Ahli yang menghadiri
- Agenda mesyuarat
- Persediaan tempat
- Setiausaha yang merekod

 PERBUALAN TELEFON
Garis panduan menggunakan telefon
• Bercakap dengan jelas
• Perkataan diyatakan dengan penuh yakin
• Nada suara yang munasabah
• Behasa perlu diketahui umum
Butiran dalam memo telefon
• Nama pemanggil & penerima
• Alamat @ tempat asal pemanggil
• Nombor telefon pemanggil
• Catatan/ mesej
• Tarikh
• Masa



(B) KOMUNIKASI BERTULIS
 Proses komunikasi yang tidak menggunakan percakapan tetapi menggunakan tulisan untuk menyampaikan maklumat kepada penerima
 Jenis komunikasi bertulis
• MEMORANDUM
Alat komunikasi bertulis tidak rasmi antara jabatan dalam sesebuah organisasi & tidak digunakan untuk memberikan maklumat kepada orang lain di luar organisasi
• SURAT-MENYURAT
Proses penulisan dengan satu tujuan tertentu sama ada secara rasmi @ tidak.
Perkara yang perlu bagi penulisan surat perniagaan.
- Kepala surat
- Tarikh
- Nombor fail & nombor rujukan
- Nama & alamat penerima
- Untuk perhatian
- Tajuk surat
- Isi surat
- Penutup surat
- Tandatangan
Perkara yang perlu dititikberatkan dalam penulisan surat
- Nombor rujukan
- Gelaran terhadap pangkat
- Alamat penerima
- Tandatangan
• LAPORAN BERTULIS
Kelebihan
- Sebagai rekod
- Dapat menjelaskan sesuatu dengan lebih mendalam
- Memudahkan penerima mesej
• E-MEL
Kaedah pertukaran maklumat bertulis & mel suara dengan cepat melalui penggunaan terminal komputer yang telah dibangunkan dengan rangkaian kominukasi.
Kelebihan e-mel:
- Maklum balas cepat
- Dapat disimpan untuk dijadikan bukti
- Tingkatkan produktiviti dalam komunikasi
- Salinan dalam pelbagai bentuk

(D) BAHASA BADAN
 Perlakuan kinestatik yang merangkumi pergerakan badan seperti perubahan air muka, pergerakan mata & bahasa isyarat
 Jenis bahasa badan
• Kaki & tangan
• Gaya berjalan
• Kaedah sentuhan
• Berjabat tangan
• Pakaian
Komunikasi melalui mata:
- Menjelaskan kedudukan perasaan
- Mengawal perhubungan semasa komunikasi
- Satu arahan yang biasa
Ruang antara penghantar maklumat dengan penerima maklumat:
- ZON MESRA
Jarak lebih kurang 2 kaki antara kedua-duanya & sering digunakan ketika berkomunikasi di kalangan ahli keluarga terdekat @ orang tersayang
- ZON PERIBADI
Jarak antara 2-4 kaki ketika berkomunikasi terutamanya ketika bertemu debgan orang yang tidak dikenali
- ZON SOSIAL
Jarak antara 4-12 kaki. Zon in digunakan ketika melaksanakan kerja social & kebajikan
- ZON AWAM
Jarak yang melebihi 12 kaki. Zon ini sering digunakan ketika memberi ceramah, kuliah, syarahan, berlakon di atas pebtas.

6.4 MEDIA KOMUNIKASI

(A) MEDIA PERSENDIRIAN
 Kaedah @ bentuk penyampaian maklumat yang digunakan oleh penghantar untuk menghantar maklumat kepada penerimanya

(B) MEDIA MASSA
 ELEKTRONIK
Televisyan, radio & internet
 CETAK
Majalah, surat khabar & buku

6.5 KOMUNIKASI BERKESAN

(A) PRINSIP KOMUNIKASI
• Pesanan terkawal
• Bahasa yang mudah difahami
• Tindakan yang tidak menimnbulkan ketidakselesaan
• Perhatian ditumpukan sepenuhnya

(B) KEMAHIRAN MENDENGAR
Proses penerimaan maklumat secara mental untuk difahami & diambil tindakan.
Alat komunikasi:
- Menulis, membaca, bercakap & mendengar
Tujuan utama mendengar:
- Mewujudkan ikatan persaudaraan @ perhubungan
- Hiburan
- Pembelajaran
- Membuat keputusan
- Meluahkan @ menunjukkan perasaan yang dialami

EMPATI
 Kebolehan seseorang untuk melihat pandangan orang lain
4 matlamat mendengar secara empati:
- Sahkan perasaan
- Memahami situasi
- Memberi sokongan
- Bantuan untuk menyelesaikan masalah

Proses pendengaran:
- Cetusan rasa pendengaran
- Menginterprestasikan makna
- Menilai maklumat yang diterima
- Tindak balas terhadap maklumat yang diterima

Garisan panduan pendengaran:
- Elakkan mengganggu orang lain ketika bercakap
- Jangan menyampuk ketika orang lain bercakap
- Berfikiran terbuka
- Bertanya apabila perlu

Kemahiran mendengar:
- Mengawal emosi
- Menerima segala idea & pandangan
- Fikiran terbuka
- Mendengar engan pelbagai situasi

6.6 KEMAHIRAN BERUNDING

(A) DEFINISI BERUNDING
Proses yang melibatkan 2 pihak @ lebih untuk bertukar-tukar barangan @ perkhidmatan dan berusaha untuk mencapai kata sepakat terhadap konflik yang timbul agar dipersetujui oleh kedua-dua pihak yabg terlibat.

(B) PRINSIP BERUNDING
RESPONSIF
• Rasional semasa berunding
BERSOPAN
• Beradab, prosedu & mengikut tatacara
SALING MEMBANTU
• Faham-memahami

6.7 HALANGAN & RINTANGAN KOMUNIKASI
(A) HALANGAN
Gangguan @ kebisingan dalam komunikasi

HALANGAN LUARAN
Tingkah laku, tindakan @ rungutan yang dibuat oleh penghantar maklumat semasa menyampaikan maklumat & persekitaran di mana komunikasi itu mengambil tempat seperti pasar borong yang bising.
HALANGAN DALAMAN
Kekurangan yang dihadapi oleh penerima maklumat @ pendengar itu sendiri. Berbentuk emosi, salah sangka, gaya @ ketika menerima maklumat, tidak berminat untuk mendengar & rasa bimbang.

HALANGAN DALAM ORGANISASI:

Individu: disebabkan oleh individu berkenaan, seperti mempunyai andaian yang bercanggah, masalah semantic, emosi & kemahiran komunikasi
Organisasi: kekangan yang ada dalam organissasi yang kompleks, pengkhususan fungsian tugas pekerja, pelbagai objektif di pelbagai peringkat dalam organisasi & status perhubungan di kalangan ahli organisasi.

(B) FIZIKAL
Menyebabkan perselisihan faham antara penghantar & penerima

(C) PSIKOLOGIKAL
Menerima maklumat dalam bentuk ancaman supaya maklumat tidak diterima dengan betul.

(D) SOSIALOGIKAL
Manusia sama dari segi lahiriah tetapi berbeza dari segi komunikasi

(E) SEMANTIK/ BAHASA
Masalah dalam komunikasi dari segi memahami maksud sebenarnya perkataan yang mempunyai maksud yang berbeza-beza

Friday, April 30, 2010

Agak kecewa...

Lps 2tahun mengajar,aku agak kecewa dgn pentadbiran tempat aku kerja...
aku punyela excited dpt skola yg baik,ngaja subjek yg aku suke,tp tibe2 thn ni,aku xmengajar lg subjek ni....
aku mintak pindah...
harap2 dapatla...
keje makin lame makin melambak...
bg aku keje byk,wlupun aku xtau pape..
time bg keje yg luar P&P,pentadbiran percaya je...
tp bile perkara melibatkan P&P kononye aku muda lg...
ingat aku bodoh sgt ke...bile dh 3thn mengajar,wlupun bkn opsyen,automatik dh mcm jd opsyen aku...gilerla....
politik sume ni...
dieorg ingat aku akan senyap mcm tu je,aku nk tulis surat pada jpn,kpm dgn ppd skali...
mentang2 aku baru,dieorg ingat sesuke hati je buat aku mcm ni...

Saturday, April 3, 2010

aku xmengajar lagi subjek ini....

lame dh xtulis atau letak bahan dalam blog ni,sbb aku kecewa jgkla xdpt ajar subjek aku...mcm xde mood nk letak bahan...

Monday, December 28, 2009

Bab 3 : ORGANISASI BUKAN BERMOTIFKAN UNTUNG DAN ORGANISASI BUKAN KERAJAAN

BAB 3 : ORGANISASI BUKAN BERMOTIFKAN UNTUNG DAN ORGANISASI BUKAN KERAJAAN.

1.0 Definisi
Organisasi bukan bermotifkan untung ialah organisasi yang ditubuhkan selain organisasi perniagaan. Merangkumi persatuan, kelab dan pertubuhan.

Tujuan utama ialah menjaga kebajikan ahli.

2.0 Prinsip-Prinsip Organisasi Bukan Bermotifkan Untung.
1. Keanggotaan secara suka rela
- tiada sebarang sekatan dan paksaan.
- tidak boleh menghalang mana-mana ahli untuk berhenti.

2. Pengurusan secara demokrasi
- bebas mamilih dan memberi pandapat.
- setiap ahli mempunyai satu undi sahaja.

3. Faedah bersama.
- menjalan kegiatan berdasarkan prinsip faedah bersama.

4. Faedah kebajikan dan keahlian.
- mempunyai hak bersuara melalui pertubuhan.

2.3 Jenis-Jenis Dan Aktiviti Organisasi Bukan Bermotifkan Untung.
1. Organisasi belia.
2. Organisasi kebajikan.
3. Organisasi pendidikan.
4. Organisasi kebudayaan.
5. Organisasi kesukanan.
6. Organisasi pekerjaan.
7. Organisasi social dan rekreasi.
8. Organisasi keagamaan.
9. Organasasi wanita.

2.4 Penubuhan Organisasi Bukan Bermotifkan Untung.

1. Pendaftaran
- dibuat di pejabat pendaftaran.
- ditandatangani oleh 2 org ahli yang memegang jawatan penting dlm organisasi
- dokumen pendaftaran ialah borang pemohon, senarai ahli jawatan kuasa,penaja,salinan undang-undang kecil dan rekod minit mesyuarat penubuhan.

2. Mesyuarat Penubuhan
1. Dihadiri tidak kurang 7 org ahli organisasi.
2 .Ahli-ahli mesti terdiri drpd individu yg berminat dlm sesuatu bidang berkaitan.
3. Menetapkan mengenai tujuan penubuhan, nama dan alamat organisasi yg ingin didaftarkan.
4. Ahli jawatan kuasa kerja akn di lantik utk
- menguruskan pendaftaran
- menyedia serta meluluskan undang-undang kecil yg ingin didaftarkan.



3. Kelulusan.
1. Tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti sehingga pemohon berdaftar diluluskan.
2. Pendaftar petubuhan akn mengeluarkan sijil perakuan sebagai bukti pengesahan penubuhan organisasi tersebut.

2.5 Organisasi bermotif untung Vs organisasi bukan bermotif untung

Ciri Organisasi Bermotifkan Untung Organisasi Bukan Bermotifkan Untung
1. Kawalan Ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Perniagaan berkaitan.

Dasar pengurusan ditentukan olh lembaga pengarah yg di pilih semasa mesyuarat agong tahunan dan jumlah undi bergantung pd jumlah unit saham yg di miliki. Ditubuhkan di bwh Akta Pertubuhan 1966.

Pucuk pimpinan di pilih olh ahli-ahli yang mempuyai hak mengundi yang sama.
2. Pengurusan Kewangan Sumber kewangan diperoleh drpd keuntungan perniagaan,penerbitan ekuiti dan pinjaman.Penyata kewangan yg penting ialah penyata pendapatan,penyata aliran dana dan kunci kira-kira. Sumber kewangan di peroleh drpd kutipan yuran keahlian,derma dan hadiah yg disumbangkan olh pihak tertentu. Perbelanjaan dilibatkan bg memastikan aktiviti-aktiviti organisasi berjalan dgn licin.Penyata kewangan yg penting ialah penyata penerimaan dan pembayaran tunai.
3. Pengurusan pemasaran aktiviti utama memperkenal dan mengagihkan keluaran kpd pengguna sasaran bg memenuhi kepuasan pengguna. Bertumpu pd aktiviti utk meningkatkan bilangan dan mencari penaja yg mampu memberi sumbangan kewangan kpd organisasi.

Bab 3 : Koperasi

KOPERASI

A. Definisi

- Badan atau pertubuhan yang dibentuk bersama oleh sekumpulan inidividu
- Untuk mengalakkan kepentingan sosial dan ekonomi ahli-ahlinya mengikut prinsip-prinsip kerjasama
- Perlu didaftarkan dengan Ketua Pendaftar Koperasi di Jabatan Pembangunan Koperasi

B. Peranan

- Untuk memajukan kepentingan ekonomi ahli-ahlinya
- Faedah yang dinikmati secara tidak langsung akan dapat memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup ahli-ahli kerana perkhidmatan atau barangan yang diperoleh melalui koperasi adalah berkualiti dan pada harga yang berpatutan
- Menggalakkan kerjasama dikalangan ahli-ahlinya
- Sebagai agen perpaduan dalam masyarakat dan antara ahli apabila dapat menjalinkan hubungan yang lebih akrab dan bertoleransi
- Koperasi bertujuan untuk mewujudkan keadilan sosial dan ekonomi dengan penghapusan eksploitasi dan penindasan terhadap anggota masyarakat yang lemah. Oleh itu,gabungan ahli-ahli masyarakat akan menjadikan mereka satu kumpulan yang kuat dan mempunyai suara yang diiktiraf
- Koperasi juga membantu usaha kerajaan dalam pembangunan negara.Taraf kehidupan masyarakat akan baik dan peningkatan dalam kualiti hidup mereka dengan sendirinya akan mempercepatkan pembangunan negara

C. Prinsip-prinsip Koperasi

1. Keanggotaan secara terbuka dan sukarela

- Keahlian hendaklah secara sukarela dan terbuka tanpa sebarang sekatan atau diskriminasi dari segi sosial,politik atau agama

2. Pengurusan secara demokrasi

- Koperasi ialah pertubuhan yang bersifat demokrasi.Hal-ehwal sesebuah koperasi hendaklah ditadbirkan oleh mereka yang dipilih atau dilantik dengan cara yang dipersetujui oleh ahli-ahli koperasi berkenaan.
- Bagi koperasi asas,ahli-ahli mempunyai hak mengundi yang sama (iaitu satu undi bagi setiap orang ahli) dan mereka turut serta membuat keputusan-keputusan yang berkaitan dengan koperasi mereka.
- Bagi koperasi atasan dan menengah,pentadbirannya hendaklah dijalankan berasaskan demokrasi dalam bentuk yang bersesuaian.

3. Faedah atau pulangan atas modal yang terhad

- Modal saham yang disumbangkan oleh ahli hendaklah menerima satu kadar faedah atau pulangan yang terhad,jika ada.
- Sebagai contoh di Malaysia,tanpa kebenaran Ketua Pendaftar Koperasi,faedah atau dividen tidak melebihi 10% (6% bagi koperasi kredit dan bank) boleh diberi.Ini untuk mengelakkan individu menggunakan koperasi sebagai tempat untuk mencari keuntungan pelaburan.
- Keutamaan koperasi adalah untuk memberi perkhidmatan kepada ahli dan bukan keuntungan semata-mata.

4. Pembahagian lebihan yang saksama

- Segala keuntungan yang diperolehi hasil daripada aktiviti-aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh sesebuah koperasi adalah kepunyaan ahli-ahli koperasi itu dan seharusnya dibahagikan dengan adil tanpa mana-mana ahli mandapat laba yang melampau berbanding ahli-ahli yang lain.

5. Galakan kepada Pendidikan koperasi

- Koperasi perlu membuat peruntukan untuk pendidikan untuk meningkatkan kesedaran ahli-ahlinya,kakitangan dan masyarakat umum mengenai prinsip-prinsip dan teknik-teknik koperasi,baik dari segi ekonomi mahupun demokrassi.
- Selain meningkatkan kemahiran diri sendiri,pendidikan memainkan peranan yang lebih berkesan kepada ahli biasa ataupun ahli lembaga koperasi.

6. Kerjasama aktif sesama koperasi yang berdaftar

- Semua pertubuhan koperasi sepatutnya bekerjasama dengan lebih aktif lagi dalam semua cara yang praktik dengan koperasi-koperasi lain di peringkat tempatan,kebangsaan dan antarabangsa.
- Dapat memperluas dam memperkukuhkan semangat saling membantu dan seterusnya kerjasama ini akan mempunyai kesan positif terhadap sistem ekonomi secara keseluruhan.



D. Bentuk Pertubuhan Koperasi


KOPERASI KEANGGOTAAN MATLAMAT KEAHLIAN
Koperasi Asas -Individu atau
perseorangan -Meningkatkan
kepentingan ekonomi ahli-ahlinya mengikut prinsip koperasi -minimum 100
orang
Koperasi Menengah -Ahli-ahli koperasi -Memudahkan operasi koperasi- koperasi yang menjadi ahli -Minimum, 2 koperasi asas
Koperasi Atasan atau Induk -Koperasi menengah shja atau koperasi menengah dan koperasi asas -Contoh, Angkatan Koperasi Kebangsaan -Sekurang-kurangnya 2 koperasi menengah


E. Jenis dan Aktiviti Koperasi


JENIS AKTIVITI UTAMA CONTOH
Koperasi Kredit dan Bank Menyediakan kemudahan kredit, penerimaan deposit dan perkhidmatan perbankan lain dengan kadar yang lebih baik kepada ahli berbanding bukan ahli Bank Kerjasama Rakyat Malaysia

Koperasi Pengguna Membekalkan barangan dan perkhidmatan yang bermutu melalui kedai-kedai runcit,pasar mini,pasar raya,stesen minyak, kedai alat elektrik dan pelbagai kedai lain Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Bhd.,
Koperasi Pegawai- pegawai Melayu Malaysia
(MOCCIS)
Koperasi Perumahan Memajukan projek perumahan bagi memenuhi permintaan ahli-ahli untuk mendapatkan rumah sendiri yang selesa dengan harga berpatutan.Kebanyakkan projek- projek ini tertumpu kepada rumah- rumah kos rendah dan sederhana Koperasi Perumahan Guru- guru Melayu Perlis, Koperasi Perumahan Melayu Kinta Bhd.

Koperasi Industri Kampung Mempergiat dan memusatkan usaha-usaha kraf tangan dan industri kampung yang mempergunakan tanah liat,buluh,rotan,mengkuang dan sebagainya untuk menambahkan pendapatan ahli-ahlinya Koperasi Industri Kampung Morak Bhd.,Tumpat, Kelantan
Koperasi Pembangunan Tanah Membangunkan tanah-tanah yang luas dengan projek pertanian dan mengusahakan penanaman untuk jualan bagi tanaman-tanaman utama seperti getah,koko dan kelapa sawit Koperasi Pekebun Kecil Daerah Padang Terap, Kuala Nerang,Kedah. Koperasi Permodalan Felda Bhd.
Koperasi Insurans Menjalankan kegiatan insurans kepada ahli-ahlinya.Pada masa ini, Malaysian Co-operative Insurans Society (MCIS) adalah satu-satunya koperasi berdaftar dalam sektor insurans Koperasi Insurans Malaysia Bhd.(MCIS), Petaling Jaya, Selangor
Koperasi Kenderaan Pengangkutan Menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada anggota-anggotanya.Kebanyakan daripada mereka adalah dirancangan pembangunan tanah seperti FELDA,RISDA dan FELCRA yang menjalankan aktiviti seperti mengangkut hasil-hasil pertanian ke kilang-kilang pemprosesan. Selain itu,ada juga yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas dan teksi,serta pengangkutan komersial Koperasi Pengangkutan Kedah Utara,Alor Setar, Kedah

F. Pengagihan Untung Bersih dan Sahan Bonus

1. Mengikut Akta Koperasi 1948,sebanyak 25% daripada keuntungan hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpula Rizab Wang Berkanun,Akaun Amanah Kumpulan Wang Pelajaran dan ANGKASA.75% yang tinggal adalah untuk kegunaan lain sebagaiman yang diperuntukkan dalam akta.Ini termasuk pembayaran dividen untuk ahli.
2. Pembayaran dividen ini mestilah tidak melebihi 10% atas saham kecuali bagi koperasi kredit dan bank yang mempunyai had maksimum 6%.Sekiranya mana-mana koperasi yang hendak mengeluarkan dividen melebihi had yang telah ditetapkan,kebenaran daripada Ketua Pendaftar Koperasi perlu diperolehi.
3. Saham bonus boleh dikeluarkan kepada ahli-ahlinya dengan syarat ianya adalah daripada keuntungan penjualan tanah atau bangunan,atau penilaian semula tanah atau bangunan yang dimiliki.Sekiranya terbitan saham bonus tersebut adalah hasil penilaian semula aset tetap,persetujuan daripada Ketua Pendaftar Koperasi adalah diperlukan bagi tujuan penilaian semula.


G. Penubuhan dan Pendaftar Koperasi

1. Sekumpulan individu yang berminat menubuhkan koperasi perlu membuat permohonan kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) melalui pejabat JPK wilayah atau daerah.
2. Setelah mendapatkan kelulusan daripada JPK,sebuah Jawatankuasa Penaja terdiri daripada sekurang-kurangnya 10 orang dibentuk untuk melaksanakan tugas-tugas awalan seperti berikut:

(a) Menentukan jenis koperasi yang hendak ditubuhkan
(b) Menyediakan aturan-aturan kegiatan utama dan kegiatan-kegiatan lain yang termasuk dalam objektif penubuhan koperasi berkenaan.
(c) Menggubal undang-undang kecil dengan berpandukan undang-undang kecil seragam yang disediakan oleh JPK
(d) Mendaftarkan bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan butiran peribadi ahli.Jawatankuasa Penaja ini perlu memastikan terdapat tidak kurang daripada 100 orang yang berdaftar sebelum mesyuarat agung permulaan boleh diadakan.

3. Mesyuarat agung penubuhan diadakan bagi mendapatkan ketetapan dari bakal ahli untuk menubuhkan koperasi serta menerima undang-undang kecil dan memilih anggota Lembaga Koperasi.Biasanya,seorang pegawai dari JPK akan hadir untuk memberi penerangan mengenai hak dan tanggungjawab ahli serta aktiviti koperasi secara am.
4. Dokumen pendaftaran diserahkan kepada Ketua Pendaftar tidak lewat daripada tujuh hari selepas mesyuarat agung permulaan diadakan.Antara dokumen yang perlu disediakan termasuk perkara berikut::

(a) Borang permohonan pendaftaran yang telah ditandatangani oleh sepuluh orang ahli Jawatankuasa Penaja.
(b) Tiga naskhah undang-undang kecil koperasi yang memohon pendaftaran.
(c) Minit mesyuarat agung permulaan yang ditandatangani sekurang-kurangnya lima puluh orang yang hadir.

5. Setelah koperasi didaftarkan,satu sijil perakuan akan dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar sebagai pengiktirafan dan bukti yang sah mengenai pendaftarannya.Ini bererti koperasi tersebut telah menjadi sebuah entiti yang mempunyai hak-hak dan liabilitinya yang tersendiri.



H. Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK)

1. JPK adalah sebuah jabatan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1922 bagi memajukan gerakan koperasi adalah seperti berikut:

(a) Mendaftar dan membatalkan pendaftaran koperasi-koperasi dan memastikan bahawa koperasi-koperasi berfungsi mengikut peruntukan-peruntukan Akta Koperasi 1948 pindaan 1995.
(b) Mewujudkan persekitaran yang sihat untuk pembangunan koperasi dengan memberi bantuan seperti subsidi,geran pembangunan dan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah selain khidmat nasihat dan perundingan.
(c) Membantu koperasi meningkatkan kecekapan melalui latihan dan pendidikan kepada anggota lembaga,anggota biasa dan orang awam dengan menganjurkan kursus,bengkel dan seminar,serta edaran bahan penerbitan seperti buku panduan,majalah dan risalah
(d) Bekerjasama dengan jabatan / agensi kerajaan lain serta badan-badan koperasi seperti Maktab Kerjasama,ANGKASA dan sebagainya dalam membangun,membimbing,mendidik dan melatih mereka yang terlibat dengan gerakan koperasi
(e) Menasihati Menteri tentang apa-apa perkara yang berhubung dengan koperasi


I. Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)

1. MKM adalah sebuah institusi pengajian dalam bidang koperasi yang telah ditubuhkan pada 1956.Kini,MKM telah diperbadankan sebagai sebuah badan yang diletakkan di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.Antara peranan MKM dalam pembangunan koperasi adalah seperti berikut:

(a) Mengadakan kursus dalam pengajian koperasi dan memberi diploma bagi kursus-kursus yang sesuai kepada koperasi-koperasi di negara ini dan juga dirantau Asia Pasifik.Ahli-ahli koperasi yang mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan oleh MKM akan dapat menggunakan pengetahuan yang diperolehi bagi meningkatkan prestasi sesebuah koperasi
(b) Menyebarkan maklumat mengenai koperasi atau perkara yang berhubung dengannya malalui bahan-bahan bercetak seperti buku,majalah dan risalah
(c) Menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat nasihat kepada koperasi


J. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA)

1. ANGKASA ialah koperasi peringkat tinggi atau koperasi induk yang membuka keahliannya kepada koperasi-koperasi sahaja.Antara peranan ANGKASA dalam pembangunan koperasi adalah seperti berikut:

(a) Menerapkan budaya koperasi ke dalam kehidupan masyarakat melalui pendidikan dan publisiti.ANGKASA menerbitkan laporan-laporan dan berita-berita semasa berkaitan pergerakan koperasi di Malaysia.
(b) Membantu koperasi meningkatkan kecekapan pengurusan melalui peranannya sebagai sumber rujukan.Apabila terdapat masalah berkaitan perjalanan koperasi,ANGKASA menjadi tempat rujukan untuk koperasi mendapatkan pandangan,tunjuk ajar,garis panduan dan sebagainya.
(c) Menggalakkan pembangunan koperasi dengan menjadi organisasi induk yang menyatupadukan tenaga serta meningkatkan kerjasama sesama ahli koperasi.ANGKASA merupakan pusat hubungan diantara satu koperasi dengan koperasi lain.
(d) Bekerjasama dengan kerajaan untuk mencapai pembangunan ekonomi negara dan penstrukturan semula masyarakat.Selain itu,ANGKASA juga mewakili pergerakan koperasi diperingkat kebangsaan dan antarabangsa dalam perkara yang berkaitan dengan pergerakan koperasi.
(e) Memainkan peranan yang aktif dimana sesuai,dalam pergerakan negara dalam bidang perindustrian dan perdagangan,bekerjasama dengan pihak swasta dengan cara yang memanfaatkan kedua-dua pihak tanpa mengorbankan identiti dan prinsip-prinsip koperasi.

K. Perbandingan Koperasi dengan Organisasi Bermotifkan Untung

Pergerakan Koperasi dan Organisasi Bermotifkan Untung

KOPERASI ORGANISASI BERMOTIFKAN UNTUNG
Kawalan Undang-undang Akta Koperasi 1948 menggariskan perjalanan koperasi dengan Ketua Pendaftar Koperasi memastikan peraturan dipatuhi. Akta Syarikat 1965 merupakan akta utama sebagai panduan dalam menjalankan perniagaan. Banyak akta lain yang berkaitan juga mempengaruhi pengurusan perniagaan tersebut. Bagaimanapun,Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak mempunyai kawalan secara langsung ke atas perjalanan organisasi ini.
Kawalan Pengurusan Lembaga Pengarah Koperasi ditentukan berdasarkan kepada pemilihan hati yang mempunyai satu undi seorang tanpa mengambil kira jumlah saham yang dimiliki. Pengurusan sebuah syarikat ditentukan oleh Lembaga Pengarah Syarikat yang dipilih berdasarkan undi dalam mesyuarat agung.Bagaimanapun, pemilihan adalah berdasarkan undi yang mana hak mengundi bergantung kepada bilangan saham yang dimiliki.
Pengurusan Pengurusan kewangan koperasi digariskan mengikut akta dan dikuatkuasakan oleh Ketua Pendaftar Koperasi. Pengurusan kewangan organisasi bermotifkan keuntungan mempunyai kebebasan bagaimana wang perlu dibelanjakan dan bagaimana sumber diperolehi.
Modal Saham Tiada had dalam modal saham dan boleh ditambah dari semasa ke semasa. Had modal dibenarkan telah ditetapkan ketika pendaftaran. Sekiranya had tersebut telah dicapai,tiada saham baru yang boleh diterbitkan.
Pembayaran Dividen Tidak lebih 6% bagi koperasi kredit dan 10% bagi koperasi lain,kecuali mendapatkan kebenaran daripada Ketua Pendaftar Koperasi. Tiada had dan bergantung kepada prestasi syarikat.Bagaimanapun, Lembaga Pengarah akan memutuskan sama ada dividen boleh dikeluarkan atau tidak.
Pengurusan Pemasaran Lebih tertumpu kepada pemasaran keahlian koperasi berkenaan. Lebih tertumpu kepada barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.


Kawalan Undang-undang
1. Bagi mengawal perjalanan koperasi,Akta Koperasi telah menggariskan segala peraturan yang berkaitan dengan koperasi. Ketua Pendaftar Koperasi adalah bertanggungjawab untuk mengawal dan memastikan penguatkuasaan undang-undang tersebut.

2. Bagi organisasi bermotifkan untung,akta utama yang berkaitan adalah Akta Syarikat 1965 manakala Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pula mengawasi perjalanan syarikat supaya peruntukan dalam akta dipatuhi.

Kawalan Pengurusan
1. Hak mengundi bagi ahli koperasi satu undi setiap ahli tanpa mengambil kira bilangan unit saham.Berbeza dengan syarikat,jumlah pemilikan saham menentukan kawalan atau penguasaan ke atas pengurusan.

2. Ini tidak berlaku bagi koperasi yang berprinsipkan 1 undi bagi setiap ahli.Walaupun seseorang ahli itu mempunyai lebih dari satu saham,beliau memiliki satu hak mengundi sahaja.

Pengurusan Kewangan
1. Pengurusan kewangan bagi koperasi adalah lebih terbatas berbanding syarikat perniagaan.Penggunaan wang dalam mana-mana pelaburan perlu mengikut garisan panduan yang disediakan dalam Akta Koperasi.Ketua Pendaftar Koperasi mempunyai pengaruh dalam menentukan jenis pelaburan yang boleh diceburi oleh koperasi.
2. Ini berbeza dengan syarikat di mana penggunaan dana lebih banyak ditentukan oleh lembaga pengarah dab tidak tertakluk kepada kelulusan SSM.





Modal Saham

1. Bagi sebuah organisasi bermotif untung misalnya sebuah syarikat berhad,modal dibenarkan adalah terhad.
2. Sebaliknya,koperasi tiada had dalam modal saham atau caruman saham sesebuah koperasi.Ini adalah untuk memberi peluang kepada individu yang berminat untuk menyertai koperasi berkenaan.

Dividen
1. Pembayaran dividen bagi koperasi tidak boleh melebihi 6% bagi koperasi kredit dan 10% bagi koperasi lain tanpa kebenaran Ketua Pendaftar Koperasi.
2. Syarikat tidak mempunyai had dalam pembayaran dividen kepada pemegang saham.Jumlah dividen bergantung kepada keuntungan yang diperolehi syarikat yang tertakluk kepada Lembaga Pengarah syarikat.

Pengurusan Pemasaran
1. Bagi koperasi,kebanyakan orang yang melanggani perniagaan yang dijalankannya terdiri daripada ahli-ahli koperasi sendiri.Barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh koperasi tersebut diketahui oleh ahli-ahlinya.Dengan itu,pemasaran barangan dan perkhidmatannya tidak begitu diberi perhatian berbanding organisasi bermotifkan untung. Apa yang dititikberatkan adalah memasarkan keahlian koperasi,iaitu usaha koperasi untuk menambahkan ahlinya.
2. Bagi organisasi bermotifkan keuntungan,pemasaran barangan dan perkhidmatannya adalah diutamakan.Mereka mementingkan barangan dan perkhidmatan mereka terjual sebanyak mungkin untuk menjanakan keuntungan semaksimum mungkin.

Esei Keusahawanan (Tempat Keempat peringkat daerah)

JELASKAN SUMBANGAN USAHAWAN DESA TERHADAP INDUSTRI PELANCONGAN NEGARA





Usahawan didefinisikan sebagai pengusaha iaitu orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan. Desa pula bermaksud kampung iaitu kawasan luar kota. Ini dapat disimpulkan bahawa usahawan desa membawa maksud individu di kawasan kampung yang berupaya mengenal pasti peluang-peluang perniagaan, menghasilkan idea-idea perniagaan, memperkenalkan sesuatu yang baru dan melakukan inovasi. Pelancongan negara merupakan aktiviti melawat sambil melihat-lihat sesuatu tempat di dalam negara tersebut sama ada mereka datang dari dalam atau luar negara secara individu, berpasangan atau berkumpulan.

Tidak dinafikan bahawa usahawan desa mempunyai banyak sumbangan terhadap pelancongan negara. Antaranya ialah dapat meningkatkan taraf hidup penduduk kawasan sekitar. Penduduk dapat menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan , dengan cara ini pendapatan penduduk dapat dijana dengan lebih lumayan. Ini disebabkan oleh kawasan pelancongan merupakan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong dalam atau luar negara. Pelbagai peluang pekerjaan juga dapat ditawarkan seperti pengusaha “chalet”, pemandu pelancong, pengusaha “homestay” dan sebagainya. Secara tidak langsung, kadar pengangguran dalam kalangan penduduk akan berkurangan. Dengan itu, ekonomi negara akan dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik. Tegasnya, usahawan desa dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran negara dan meningkatkan pendapatan penduduk desa.
Usahawan desa juga mampu memajukan industri hiliran yang dapat menjual produk yang berasaskan hasil daripada pertanian dan haiwan. Perusahaan yang diusahakan mampu mendatangkan pendapatan yang lumayan khususnya kepada penduduk desa. Selaras dengan kempen “Cita rasa Malaysia untuk dunia” yang dilancarkan oleh kerajaan mampu menarik lebih ramai pelancong asing dan tempatan untuk datang ke kawasan tersebut bagi mendapatkan produk-produk yang dijual oleh usahawan desa. Kempen yang dilancarkan bukan sahaja mampu meningkatkan produktiviti malah mampu meningkatkan sumber pendapatan usahawan desa. Tidak dapat dinafikan bahawa Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan industri pelancongan dapat dimajukan setanding dengan industri-industri lain yang terdapat di Malaysia.

Kadar pelaburan yang diterima daripada pelabur asing dan tempatan juga dapat ditingkatkan. Para pelabur dapat melihat prospek kemajuan dalam jangka masa panjang jika mereka melakukan pelaburan di kawasan tersebut seperti yang telah dilakukan di Desaru, Johor. Pelbagai kemajuan dan kemudahan telah dibangunkan seperti industri kraf tangan, perusahaan kereta sewa, perusahaan restoran berasaskan makanan laut yang dapat digunakan sebagai ranap petulang, ijuk penebal kepada golongan usahawan desa. Selain itu, mereka bertungkus lumus untuk mempromosikan kawasan pelancongan yang terdapat di tempat mereka. Mereka menggunakan pelbagai cara untuk mempromosikan kawasan pelancongan di tempat mereka seperti menggunakan media cetak, elektronik atau melalui bantuan kerajaan. Mereka percaya bahawa kemasukan para pelabur dapat membangunkan kawasan mereka dengan lebih maju kerana Malaysia memiliki kawasan pelancongan yang menarik untuk dilawati.

Tidak berwap nasi dingin untuk mengatakan bahawa usahawan desa tidak mengenal erti jemu untuk terus membawa industri pelancongan negara setaraf dengan industri pelancongan di negara asing. Kementerian Pelancongan bersama-sama Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan telah berganding bahu untuk membawa industri pelancongan negara duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara asing. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Malaysia semenangnya mempunyai kawasan pelancongan yang menarik, cantik serta udara yang nyaman. Disebabkan itu, kerajaan telah memperkenalkan agro-pelancongan agar dapat mempertingkat mutu pelancongan serta meningkatkan kadar kemasukan pelancong asing ke dalam negara. Tambahan itu, usahawan desa juga berusaha memajukan industri kraf tangan seperti batik dan songket sebagai identiti Malaysia yang kini semakin mendapat tempat di mata dunia kerana kehalusan seninya.

Diimbau berbunyi, dilihat bersua apabila kawasan pelancongan negara banyak terdapat di desa kerana faktor persekitaran dan alam semula jadinya. Faktor- faktor seperti ini telah menarik ramai pencinta alam untuk melancong ke Malaysia kerana terdapat banyak spesies flora dan fauna yang jarang ditemui. Atas inisiatif untuk memajukan industri pelancongan negara, kerajaan telah memperkenalkan Malaysia sebagai rumah kedua. Dengan itu, usahawan desa bertungkus lumus memperkenalkan
kawasan tersebut kepada umum agar sentiasa dikunjungi oleh peminat-peminatnya. Begitu juga dengan kebudayaan dan sejarah yang terdapat di Malaysia turut diperkenalkan oleh usahawan desa ini agar masyarakat asing akan dapat memahami dan mengetahui dengan lebih lanjut selain dapat menambah pengalaman, pengetahuan serta merasai sendiri kemakmuran yang dikecapi oleh negara Malaysia yang dapat hidup bersama-sama dengan mereka yang berlainan kaum, bangsa dan agama.

Natijahnya, inisiatif usahawan desa perlulah dihargai kerana mereka telah memberi banyak sumbangan besar dan bernilai untuk memajukan industri pelancongan negara tanpa disedari. Ini disebabkan oleh, mereka mengetahui bahawa industri ini mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada negara. Oleh itu, usahawan desa sememangnya amat diperlukan untuk menjayakan dasar kerajaan yang telah diagendakan kerana tanpa mereka kejayaan yang telah dikecapi hari ini amat sukar untuk diperolehi.




-Nur Izzah 2009-

Keusahawanan

“Usahawan merupakan peneraju ekonomi Negara. Mereka memainkan peranan yang sangat penting terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Sumbangan usahawan amat penting dalam usaha wewujudkan masyarakat yang makmur.”
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan sumbangan usahawan dari sudut mikro dan makro.





Usahawan merupakan peneraju ekonomi negara. Usahawan yang inovatif dan sanggup mengambil risiko akan menggabungkan faktor – faktor pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal dengan berkesan untuk menghasilkan barang dan perkhidamatan. Manakala, keusahawanan pula ialah suatu proses tindakan kreatif manusia untuk membangunkan sesuatu yang baru. Kerajaan telah menekankan pembangunan keusahawanan kerana dapat memberi sumbangan ke arah usaha Kerajaan Malaysia untuk menyusun semula masyarakat. Tokoh usahawan Malaysia seperti Tan Sri Rozali Ismail dan Datuk T. Ananda Krishnan telah memainkan peranan penting dalam usaha mewujudkan masyarakat dan negara yang makmur. Oleh itu, sumbangan usahawan boleh dilihat dari sudut mikro dan makro.

Terdapat beberapa sumbangan usahawan dalam sudut mikro. Sumbangan usahawan dalam aspek ini ialah mereka dianggap sebagai sumber atau pencetus idea baru dalam pra-penubuhan, semasa dan selepas penubuhan firma. Idea yang dijana tidak semestinya asli, namun dapat menggalakkan penghasilan produk atau perkhidmatan yang baru. Penghasilan produk atau perkhidmatan baru ini dapat menambahkan nilai barangan atau perkhidmatan tersebut. Sebagai contoh, telefon bimbit berjenama Nokia hanya boleh membuat panggilan pada tahun 80-an. Apabila penyelidikan dan pembaharuan berlaku, telefon bimbit mempunyai fungsi yang berbagai seperti perkhidmatan pesanan ringkas (SMS), mendengar lagu, mengambil gambar dan sebagainya. Dengan ini, telefon bimbit mempunyai kegunaan baru dan bertambah nilai. Oleh hal yang demikian, sumbangan usahawan dalam menjana idea baru adalah sangat penting.

Selain itu, usahawan yang melihatkan masalah yang wujud sebagai peluang idea perniagaan juga mempunyai sumbangan. Dengan wujudnya peluang dan idea baru, usahawan akan melaksanakan perancangan. Perancangan mengenai struktur perniagaan, penyelidikan dan penghasilan produk atau perkhidmatan baru akan dijalankan. Misalnya, apabila berlaku jerebu yang menjejaskan kualiti udara dan sistem pernafasan, usahawan akan menyelidik dan menghasilkan topeng mulut bagi masyarakat. Dengan ini, topeng mulut merupakan produk baru hasil daripada masalah yang wujud di persekitaran selaras dengan perancangan yang teliti sebelum penghasilan produk baru. Oleh hal yang demikian, sumbangan usahawan mewujudkan peluang perniagaan baru dari sudut mikro tidak boleh dinafikan.

Sumbangan usahawan juga terdapat dalam bidang yang lebih luas iaitu dalam aspek makro. Usahawan telah memberikan sumbangan yang amat besar dan penting kepada masyarakat dan negara kita. Antara sumbangan usahawan ialah mewujudkan peluang pekerjaan. Usahawan biasanya terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, perkhidmatan, perindustrian dan sebagainya. Dengan ini, banyak peluang pekerjaan disediakan untuk masyarakat tempatan. Sebagai contoh, penubuhan HICOM dan syarikat penerbangan Air Asia telah menawarkan pelbagai jenis pekerjaan. Kewujudan peluang pekerjaan yang banyak dan mencukupi akan mengurangkan masalah pengangguran. Mengikut statistik, kadar pengangguran telah menurun dari 3.6% pada tahun 2000 kepada 3.4% pada tahun 2005. Secara tidak langsung juga, masalah sosial juga dapat dibanteras kerana mereka mempunyai pekerjaan dan kurang melakukan kegiatan yang tidak sihat.

Di samping itu, usahawan juga dapat menyumbang terhadap pembangunan ekonomi negara. Usahawan menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi dan apabila sektor – sektor seperti perlombongan, pertanian dan perindustrian diaktifkan, ekonomi negara akan menjadi lebih mantap. Hal ini kerana sumber – sumber alam semula jadi akan diusahakan dan dapat merangsang ekonomi negara. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga akan mengalami pertumbuhan. Buktinya, kadar pertumbuhan KDNK telah melonjak dari 4.1% pada tahun 2002 kepada 7.1% pada tahun 2004. Dengan pertumbuhan yang memberangsangkan, kerajaan berupaya menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti jalan raya bertar, klinik kesihatan dan lain – lain. Usahawan bukan sahaja dapat menyumbang dalam pembangunan negara, malah dapat membantu kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya.

Sumbangan usahawan dari sudut makro yang lain ialah memenuhi keperluan dan menambahkan pilihan barangan dalam pasaran. Masyarakat kita mempunyai keperluan dan kehendak yang perlu dipenuhi. Usahawan akan menghasilkan produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. Usahawan telah menghasilkan pelbagai jenis barang keperluan asas seperti makanan, rumah, pakaian dan sebagainya dengan banyak variasi. Masyarakat akan mempunyai lebih banyak pilihan terhadap barangan asas. Barang mewah yang berteknologi tinggi dan berinovasi seperti kereta, komputer, televisyen dan kamera turut dihasilkan oleh usahawan yang kreatif. Oleh itu, usahawan dapat memenuhi keperluan dan juga memberi kepuasan yang maksimum kepada masyarakat.

Kesimpulannya, usahawan sememnagnya memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada pembangunan dan kemajuan negara. Usahawan dari sudut mikro, telah menekankan hubungan antara usahawan dan penubuhan syarikat serta penghasilan produk. Dari aspek makro pula, sumbangan usahawan kepada kemajuan ekonomi dan negara adalah sangat besar. Usahawan yang berjaya seperti Dato Robert Kuok turut memberi inspirasi kepada usahawan muda yang lain untuk terus memberi sumbangan terhadap masyarakat dan negara serta menjadi peneraju ekonomi Malaysia pada masa depan.


-Tan Jing Wen 2009-